Entradas populares

Usrah KRUKM

 24 Disember 2009

Masjid At-Taqwa Kota Marudu



Walaupun KRUKM baru ditubuhkan alhamdulillah program pengisian unuk ahli tetap dijalankan khususnya usrah yang merupakan nadi kepada gerak kerja dan perjuangan Islam. Usrah ahli KRUKM kali ini dihadiri oleh 5 orang ahli PSSKB dan pengisian usrah disampaikan sendiri oleh pengerusi PSSKB.

Semoga KRUKM terus berdiri dengan kukuh dan melangkah dengan baik untuk menyemarakkan Islam di KM. Semoga KRUKM yang merupakan adik bongsu KRU ini terus istiqamah dalam perjuangan ini.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!


Teruskan perjuangan 2010!


episod 1-disini langkah telah bermula dan tidak akan berhenti

Penulisakan berkongsi sedikit beberapa hakikat dan realiti kehidupan dikota marudu.

Lawatan KRUKM ke Kota Belud

Lawatan KRUKM ke KB telah dijalankan pada10 Januari 2010, Ahad. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama KRU dan berdiskusi serta bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai gerak kerja KRU. Aktiviti ini yang melibatkan muslimin sahaja telah berjalan dari pagi hingga tengahari.

Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama penggerak KRU dan juga PSS.

ORGANISASI KRUKM 2010


Alhamdulillah.. KRUKM telah ditubuhkan semasa program Islam Id Ginawo 23-24hb Dis 2009 yang lalu.
Pengerusi:
Salleh

Timb. Pengerusi:
Sarisah Saman

Setiausaha:
Suriawati Abd Rashit

Bendahari:
Rendy

Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan:
- Satria
- Hafizawati

Lajnah Penerbitan & Informasi:
- Akmal
- Nur Shahfiyna

Lajnah Ekonomi:
- Jumat
- Jina

Lajnah Sukan & Rekreasi:
- Ikbal
- Nur Farhana

Salam tahniah dan takziah buat adik2 penggerak KRUKM. Semoga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik. Salam perjuangan...

Program Islam Id Ginawo

23-24 Dis 2009
Masjid KM
barisan KRUKM dan PSS yang turut hadir
Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana.
ziarah ukhwah ke Kg. Parong
Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.
LDK
Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!

AHLAN WA SAHLAN...

Selamat datang ke blog Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Marudu.
Untuk makluman; PSSKM telah ditubuhkan dan di bawah naungan PSS Pusat dan PSS KB.

Organisasi PSSKM 2010:

Pengerusi:
Azri (UMP)

Timb. Pengerusi:
Surianah Yahya (Unimas)

Setiausaha:
Syasira (KIST, Kelantan)

Bendahari:
Syakila (UMP)

Salam takziah dan tahniah dari warga PSS kerana terpilih menjadi penggerak PSS. Semoga dengan tertubuhkan PSS KM ini gerak kerja Islam di Kota Marudu bertambah baik dan mantap.

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger