Entradas populares

Lawatan Sulung Ke SMK KM 2

Laporan Penuh Sebelum, Semasa dan Selepas Lawatan Sulung PSS bersama KRU KM ke SMK KM 2.

17/5/2011
SEBELUM

Masjid At-taqwa

8.35a.m
Kelihatan Pengerusi PSS sedang menunggu kelibat ahli PSS dan AJK KRU yang lain. Seperti yang sedia maklum pada pukul 8.00am dikehendaki berkumpul sekitar Masjid At-Taqwa. Beberapa minit berlalu, Alhamdulillah ahli-ahli yang dimaklumkan telah tiba dengan menaiki kenderaan masing-masing. Tapi ada juga yang minta ambil. Tidak ada masalah untuk bantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Seterusnya setelah confirmation ahli yang hadir dibuat, kami mula bergerak ke SMK 2. Perjalanan mengambil masa dalam beberpa minit sahaja.



SEMASA

Surau SMK KM 2
9.20a.m
Memasuki pintu masuk SMK 2 tidak menjadi masalah pada pak guard kerana telah di informkan kepada Pengetua SMK 2 yang akan diadakan lawatan pada hari itu. Kenderaan parking di tempat yang disediakan berhampiran susur galur ke surau SMK.skema.
Surau yang cantik,sederhana,ruang syiling yang tinggi. Satu titik permulaan pada ahli PSS dan KRU yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki membawa sebuah matlamat yang murni.
Kehadiran yang hadir seperti yang tidak dijangka. Hampir 30 orang termasuk Ajk. Mengejutkan juga Memuaskan, walaupun jamuan ringan yang telah disediakan sedikit tidak cukup. Namun Alhamdulillah ada yang sanggup sponsor.



Majlis pembukaan dipengerusikan oleh adik asri, Tuan Rumah. Sedikit penerangan tujuan dan sebab kehadiran lawatan kami yang disampaikan oleh Pengerusi PSS sendiri;Satria. Pengenalan kepada adik-adik tentang PSS dan KRUKM juga disampaikan oleh Satria serta Risalah pengenalan diedarkan kepada yang hadir. Setelah penerangan demi penerangan, sesi soal jawab bermula.


Diteruskan dengan pengisian yang bertajuk “Islam sudahkah kita”? petikan maza yakni, Islam dari sudut aqidah dari Akhi Rendy. Kelihatan adik-adik tertarik mendengar kerana ia sangat banyak bersangkutan dengan reality dunia sebenar apatah lagi negeri yang di bawah bayu ini yang sebahagian golongan dahagakan ilmu rohaniah.


Berakhirnya pengisian, usrah muslimin dan muslimat yang dipecahkan bermula. Dimana usrah kepada sesi taaruf dan perbincangan ilmiah serta masalah-masalah yang dihadapi. Didapati terdapat saudara-saudara baru yang memerlukan pembimbing untuk mereka lebih mengetahui Islam dengan lebih mendalam.SubhanAllah… melihat kepada respon-respon mereka, memperlihatkan minat,perasaan ingin tahu yang tinggi,aktif,berpandangan jauh walaupun majority adalah adik-adik tingkatan 1,2 dan 3.
Jamuan ringgan disantap bersama, sambil menyata perasaan gembira mereka atas lawatan yang diadakan. Alhamdulillah..

Azan berkumandang..
Solat zuhur berjemaah bersama. Terasa heninganya suasana.
Selesai solat berjemaah, sesi penutup disampaikan pengerusi PSS walaupun terdapat sedikit ancaman sejurus selepas solat zuhur. Adik-adik yang hadir memberi harapan untuk diadakan lawatan selanjutnya. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan dari ancaman2 untuk bertandang semula ;)

SELEPAS

2.10p.m
Sekitar rumah ahli PSS
Postmortem ahli PSS mengenai feedback lawatan. Membincangkan kelebihan dan kekekurangan yang perlu di tambah tolak.
banyak input2 yang baik serta patut dilanjutkan
Juga membincangkan hal-hal lain seperti program hari guru bersama ex-students SMK muslim serta Usrah dan Rehlah yang akan berlangsung.
Tamat pada 3.47p.m

Alhamdulillah. semoga perkara yang bermanfaat sebegini berterusan dan sama2 mendapat rahmat serta redha dariNya. ;)





¡Compártelo!

0 komen:

Catat Ulasan

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger