Cuma sebagai perkongsian cerita.Untuk semua..
Semalam,aku menyertai konvoi untuk melihat tempat program.Bukanlah konvoi sangat pun.Sebuah kereta dengan muatan 4 orang.Mulanya,merancang untuk menggunakan motorsikal sahaja,namun dilarang oleh seorang sahabat lantas menawarkan kereta wiranya.Okla,rezeki..lagipun sekarang musim hujan.
begini ka keretanya? ^^, |
Kami bertolak lewat.Selepas isya’ akibat sedikit masalah yang tidak dapat diselesaikan.Ini pun on the spot,program minggu depan,minggu terakhir untuk semester ni.
Pertama sekali cek kereta dulu..Aduh,,bendalir brek berada paras kurang dari separuh membuatkan niat hati menjadi goncang untuk meneruskan perjalanan.Dengan berbekalkan jiwa muda yang sentiasa suka mencabar,kami meneruskan perjalanan.Cadangnya mau berhenti mana-mana stesen minyak,beli bendalir brek..Namun,apakan daya,duit cuma cukup-cukup untuk isi minyak..Aiii,jalan jakla..
Perjalanan waktu malam sedikit mengerikan,lampu jalan tiada.Jalan berpasir, dan pelbagai mehnah yang cuba menghalang perjalanan kami.Untuk pengetahuan,kami tidak meggunakan lebuh raya,cuba mengelak dari membayar tol.Ya lah,duit cukup-cukup untuk minyak jak..
Perjalanan sudah masuk jam ke dua.Papan tanda menuju destinasi matlamat kami masih tidak ditemui.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berhenti,tanya orang..Alhamdulillah,dapat panduan jalan ke destinasi..
“kelopak,kelopak,kelopak”.
Bunyi apa pula tu??persoalan menerjah pemikiran sejurus terdengar bunyi asing yang ditimbulkan oleh wira ni.Berhenti di tepi jalan,ambil lampu suluh..dan mencari sumber yang menyumbang kepada bunyi asing tersebut.Mulanya aku tengok,tiada apa-apa yang berlaku..ok jak..Raba-raba tayar..aik,apa yang tajam-tajam ni..Bak sini lampu suluh tu.Rupa-rupanya..tayar dah nak pecah,dawai yang melindungi tayar sudah terkeluar,cuma menunggu masa untuk meletup.ish,camana ni..sekarang area-area kelapa sawit(x pasti sangat,gelap),ada kah kedai berdekatan sini???Tayar ganti pun tiada angin..Hmm..
cuba membayangkan situasi mereka...jd letak gmbr ni lah.. *sekadar gambar hiasan |
Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dengan kadar kelajuan 20 km/h.DUNLOP!!!wah,kedai tayar.tapi tutup.Memanglah tutup,dah pukul 10 malam.Kami mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta sahaja untuk menunggu keesokan harinya.
Vroom,vroom,vroom..Ex5 melintas,aku cepat-cepat cuba untuk berbual dengan diorang.Dua pemuda india..Nampak ganas tapi cepat mesra..Rupa-rupanya pekerja kedai tayar tu.Dorang kol bos kedai,menurutnya..bos dah mabuk dah..aishh,kacau.,tapi yang menyentuh hati bila dia cakap..kalau dia ada kawan pakai wira,sekarang juga dia kol..bagi tayar spare..uik,x tahulah sama ada dia serius atau x.Tapi sekurang-kurangnya menunjukkan kesungguhan untuk menolong..Bila bertanya perihal masjid,dia kata ada di depan tu,cantik katanya..wow,tampak gayanya seolah-olah pernah masuk ke masjid.
Akhirnya,kami mengambil keputusan memberhentikan kereta di stesen minyak berdekatan masjid.Tinggalkan disana,dan kami ke masjid untuk tidur..Dapat mesej dari tuan punya kereta,dia dah persiapkan pasukan bantuan sekiranya diperlukan..Huhu,terharu..
Awal pagi esoknya,kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju berbekalkan tayar yang uzur tersebut.Bawa perlahan-lahan,takut pecah.Bukannya tak mahu tukar tayar dulu.Tapi kedai semua lambat buka..Akhirnya sampai..Ya Allah,cantiknya pantai ni.Hilang semua masalah selepas melihat air laut yang biru luas terbentang di depan kami..Tapi,tak boleh lama-lama..seorang sahabat nak gerak ke Pulau pinang.kena berada di stesen bas kajang sharp pukul 10 pagi..On the way balik,ada kedai tayar buka.Setel semua masalah,selamat tinggal Bagan Lalang...
nota tangan:
1)lalu apa destinasi terakhirmu??
syurga atau neraka..Bagaimana dengan mujahadahmu dalam melawan nafsu yang terbentang luas di seluruh kehidupan untuk mendapatkan sesuatu yang kekal di alam akhirat kelak?
Jika memilih syurga,persiapkan dirimu dengan jalan taqwa,andai tidak berhati-hati.tentu sahaja terjerumus ke lembah hitam penuh nista..
Seumpama tayar berduri dalam cerita diatas.Andai sahaja tidak berhati-hati.boleh jadi tayar meletup yang kelak merosakkan komponen-kompenen lain..
2)bermusafirlah..
Bermusafir itu membuka mata untuk lebih menghayati kebesaranNya..bha kan juga mendidik jiwa untuk bersabar dan tabah menghadapi mehnah perjalanan. Cari tempat yang menarik dan x pernah dilewati,tidur semalam disana,qiam..kemudian balik..bermusafir untuk mentafsir alam..
3)maaflah min (exco mahasiswa dan belia), s/u tak terer sgt cari gmbr kereta wira yg tayarnya seperti di atas..ini sajalah yg mampu..
4)psskrukm..bila lg mau buat rehlah? kepada yang balik awal tu boleh lah buat..jgn lupa kami di sini sajalah.. ^^,
ummu asrar_sy
0 komen:
Catat Ulasan