Antara barisan Muslimat yang terlibat ^^, |
Alhamdulillah.. Pada 2.02.13 dan 13.02.13 Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) telah mengadakan aktiviti mengedar risalah di Sekitar Pekan Bandau dan Pekan Gohsen, Kota Marudu.
Dimana Objektif aktiviti ini ialah bagi memberi kesedaran
dan peringatan kepada masyarakat dan kepada ahli persatuan dan kelab khusunya dalam
pentingnya memupuk Sifat murni yang dikurniaan kan Tuhan kepada manusia iaitu
Kasih Sayang.
Risalah yang diedarkan :)
Kerana tingginya nilai diri manusia adalah sejauh mana
individu tersebut menyayangi dirinya sendiri dahulu sebelum menyayangi orang
lain. Contohnya dalam konteks penjagaan kesihatan iaitu menjauhi perkara yang
mendatangkan kesan buruk kepada diri dan orang lain.
Islam adalah agama yang menitik beratkan nilai Kasih Sayang
yang Allah kurniakan kepada hambanya tidak ada sempadan dan kadar had tertentu.
Oleh kerana, jika kita mempunyai sifat yang murni ini, secara semula jadinya
nilai-nilai murni yang lain akan terbentuk dalam menjalani kehidupan dengan
baik.
Non-Muslim juga tidak diabaikan :) |
“ Sesungguhnya kasih sayang itu cabang (penghubung) kepada Allah SWT. Barang siapa yang menyambungnya,maka Allah akan menyambung (kasih sayang-Nya) dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutus (kasih sayang-Nya) dengannya.” (HR. Bukhori)
Alhamdulillah respon masyarakat cukup baik sekali, sekalipun ada yang non-muslim sendiri bila ditanya tentang Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine’s Day yang kita tahu dan yang diperkenalkan dari media-media 14.02.13 tidak sepatutnya disambut, sedangkan Kasih Sayang adalah untuk seumur hidup bukan shari atau dua hari. Dan lebih teruk dari itu sejarah peristiwa tersebut ialah sempena Hari Peringatan Pembunuhan Paderi pada 14 Feb. Dan Merupakan Tarikh Kejatuhan Kerajaan Andalusia (Kerajaan Islam Bani Umaiyyah Yang Dianggap Zalim). MasyaAllah..
0 komen:
Catat Ulasan