Entradas populares

Ziarah Parong's Village: Satu Perubahan

Pada 7 Jun 2011 yang lalu, pada hari selasa, 5 org PSS telah menjejakkan kaki ke kampung Parong setelah lama ditinggalkan. Namun kg Parong tak banyak berubah, hanya banjir yang lalu yang menyebabkan perubahan tersebut. Motif ziarah ini selain daripada mengetahui perkembangan kg. Parong, kami turut memantau persekitaran kampung tersebut untuk CAMPIN 01 pada esok harinya.

9.00 pagi: Ketibaan ahli PSS yang sengaja datang lambat2 kecuali MB(sebab dia datang lagi lambat)

9.10 pagi: Pembersihan dan pengemasan surau dan sekitarnya.

10.00 pagi: Kedatangan MB

10.12 pagi: Bergerak ke rumah ketua kampung.(Bukan tahu pun di mana)

10.30 pagi: Berjaya menemui rumahnya dan memulakan sesi temubual ekslusif bersama beliau.
11.10 pagi: Sesi temubual berakhir dan terus memulakan pencarian tempat checkpoint yang best

11.50 pagi: Tempat-tempat dah dikenalpasti, tahniah

12.00 tgahari: Singgah sebentar ke rumah kak Ida dan berbual-bual dengannya, kenal kak ida x?
12.20 tgahari: Dihidangkan dengan air madu dan ubi kayu manis di surau oleh seorang mak cik yang baik hati( tq mak cik)

12.50 tgahari: Keberangkatan pulang PSS.


Angka dan fakta:
hanya 15 buah rumah Muslim di seluruh kg Parong
hanya  5  buah yang ada di kawasan itu
hanya  1 buah rumah yang baru menyambung pembentungan air
hanya  3 buah keluarga yang baru mendapat sumbangan
terdapat  1 orang yang murtad

wassalam   


Prepared by Amir Saifuddin 

Bengkoka's trip: Epic scenery by the Almighty


 “Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (al-An’aam: 59)


Tempat: Dataran Bengkoka, Pitas
Tarikh: 4hb Jun 2011
Masa: 9.00 pagi-1.00 ptg
  
Suasana pagi itu cukup indah sekali, sekumpulan burung-burung berlumba-lumba terbang ke destinasi yang dicari. Suasana di jalan raya Kota Marudu masa itu masih lengang, kelihatan beberapa manusia mulakan langkah mereka pagi itu untuk mencari rezeki yang ditaburi Allah di atas muka bumi ini. Namun, dalam masa yang sama, kelihatan juga para peserta rehlah 
berkumpul di masjid At-Taqwa sebelum bertolak ke Dataran Bengkoka pada pagi itu. 
Soalan yang perlu dijawab:

S: Adakah peserta-peserta pada pagi itu kelihatan "excited"?
J:  Kenapa tidak?!ya!

S: Berapa orang pesertakah yang cuba melibatkan diri kali ini?
J:  Er..dalam 25-30 orang kali, ndak ingat..hehe(peace no war;)

S: Biar saya teka, mesti jumlah muslimat lagi ramai macam biasa kan?
J:  Apa lagi, ndak payahlah tanya soalan tu lain kali.

S: Berapa minit agak-agaknya nak ke bengkoka tu?
J:  Ndak juga ba lama, dalam..er..35 minit macam tu(90-100 km/j)

S: Boleh tunjukkan gambar2 di sana?
J:  Erm?Adakah itu satu soalan?('~~,)



S: Apakah aktiviti anda di sana?
J:  Usrah & rehlah

S: Itu saya tahulah!!
J:  Hehe..kami ada usrah, memanah, memancing dan makan (lauk ikan dan kubis)

S: Dapat banyak ikan?
J:  Soalan itu tidak perlu dijawab.

S: Apakah motif aktiviti memanah dan memancing?
J:  Kalau anda cuba memanah dan memancing sendiri anda tahulah tu kenapa.

S: Erm??.
J:  Er..hehe..motifnya adalah untuk memberitahu para peserta betapa susahnya hidup jika semuanya kita yang lakukan sendiri. Aktiviti memanah adalah sunnah Rasulullah. Ternyata bukannya senang walau pun hanya belon yang hendak dipanahkan itu. Memancing pula menguji daya sabar para peserta dan mengenali payah jerih seorang nelayan dalam melakukan aktiviti sehariannya, sabar ja lah..

S: Gambar?
J:  Mahu juga ka?

S: Kenapa tidak?
J:  ??




S: Wah, nampak macam best?best x?
J:  Best ba..bikin panas kan?


S: Memancing dah buat, memanah dah buat, lepas ni apa pula?
J:  Merambat dan membujak?


S: Cuba bagi komen sikit tentang program ini.
J:  Keselesaan dan kebahagiaan yang kita alami hari ini bukanlah sesuatu yang kekal. Adakalanya semua itu akan hilang. Kita tidak sepatutnya berasa selesa dengan keadaan kita sekarang kerana musuh Islam sentiasa ada di mana2..always be prepared to our enemy..(masalahnya ada kaitan dengan rehlah)


S: Ba, mulih te' aku, assalamualaikum
J: Mulih dulu, walaikumussalam




From Amir Saifuddin's table

KRISKB 4th: "Bulding Rabbani's Generation"

Khemah?ahah..kalau xda khemah bukanlah namanya kem bah..he
Bismillahirrahmanirrahim..

Kem Remaja Islam Sabah(KRIS) telah pun diadakan di Rumah Kebajikan Darul Bakti Kota Belud pada 27-29 MEI 2011 yang lalu. Peserta?peserta dihadiri oleh pelajar2 sekolah sekitar Kota Belud dan dari Kota Marudu. Menurut 'beliau' yang mengurus program ini, program ini sepatutnya dianjurkan di SMK Usukan Kota Belud but unfortunately something undesired happened. Sekolah tersebut secara tiba-tibanya mengadakan program lain pula pada hari yang sama, ndak pa la kn..

Senyum kuat-kuat!!
'Fokus', itulah yang cuba dilakukan oleh si kakak bertudung ungu yang di sebelah kanan anda ini. Apakah motif beliau sebenarnya?
Tampak bercahaya abang di depan sekali ini, atau, mungkinkah dia, "The Chosen One?", siapa tahu..
Oh ya..terlupa pula..peserta yang menghadiri kem ini kira-kira 110 orang. Ramai bukan?nasib baik juga ada fasi "reinforcement" dari PSSKM, PSSTuaran & akak2 dan bro2 selamber dari UTM, so based on their experienced. they can contribute many things in this camp, another key of successful for this camp. Percaya atau tidak, selalunya kem sebegini selalu di 'handle' oleh PSSKB, tp kali ini, 100% di 'handle' oleh KRUKB sendiri. Tahniah!Respeklah ngan anda semua!

Adakah jejaka di depan itu sedang melaungkan azan?terpegun peserta olehnya..
Bro, cover2 lah sikit bro..
Antara pengisian yang dilakukan sepanjang program ini ialah kuliah dasar, yang mana menyentuh tentang akhlak, ibadah dan aqidah, LDK untuk setiap kuliah dasar, tazkiyatul nafs, explorace, riadah dan lain2. Walaupun agak memenatkan tetapi peserta tetap tabah menghadapi segala mehna tribulasi yang mendatang tanpa diundang, termasuklah ketiadaan sumber bekalan air.

Hazuan(tengah), pengarah stylo yang menjadi 'mastermind' program ini.

No comment
Apabila ditanya dengan adik-adik peserta, ternyata mereka sebenarnya amat dahagakan program2 keislaman kerana program sebegini tidak pernah pun diadakan di sekolah2 biasa. Program sebegini amat berguna sebenarmya sebagai menguatkan asas dan memberi pemahaman sebenar kepada hidup bersyariat. Yakinlah, sinar Islam PASti(mistyping) akan menyilau di bumi Sabah ini suatu hari nanti. Allahuakbar!!

Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi bangkitlah segera,
Bangunlah bersatu semua,
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka..




written steadily by Amir Saifuddin

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger