Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT
yang telah memberi ruang dan peluang kepada sekali lagi dalam kesempatan pada hari Ahad(1/7/2012) untuk
berkumpul untuk mengeratkan ukkhuwah di antara sesama ahli KRU KM dan PSS KM.
Walaupun kehadiran muslimin
tidak memberangsangkan dan ahli – ahli yang lain kerana terlibat dengan
aktiviti sekolah namun tidak menghalang Rehlah untuk diteruskan bertempat di
Taman Rekriasi Kota Marudu. Seramai 13orang muslimat dan 2orang muslimin yang
sempat menghadirkan diri.
Bermula pada pukul 8.00am menunggu ketibaa ahli muslimat yang
lain, dan sebelum memulakan aktiviti Rehlah tazkirah ringkas yang disampaikan
oleh ahli PSS KM (Nursyakila) mengenai “4 Golongan Lelaki yang akan ditarik
oleh Wanita ke Neraka”
Selepas berakhirnya tazkirah ringkas, pada pukul 9.00am
bermulalah aktiviti rehlah, yang mana rehlah kali ini menguji “team work” ahli
kerana mereka dibahagikan 3 kumpulan untuk mengharungi semua permainan bersama.
Permainan pertama adalah “Belon Ukhhuwah” di mana peserta
berpasangan berlumba membawa belon yang ditelakkan dipipi peserta untuk di
berikan kepada pasangan yang lain. Belon tersebut tidak boleh jatuh, dan tidak
boleh disentuh kerana di kira batal. Dan kumpulan yang telah memenangi
permainan ini ialah kumpulan 1.
Setelah itu, aktiviti mengunakan belon juga diteruskan yang
dinamakan “Makin Jauh, Makin Sayang” kerana peserta perlu membaling belon
kepada pasangan yang lain dan perlu memastikan belon tidak pecah. Aktiviti ini
telah dimenangi oleh kumpulan 2.
Kemudian, program diteruskan dengan permainan ke-tiga. “Lumba
dalam ikatan”. Berlari dalam keadaan sebelah kaki terikat pada pasangan yang
memerlukan strategi masing-masing agar cepat berjalan dan tali tidak terbuka.
Kumpulan yang telah memenagi adalah kumpulan 3.
Setelah penat bermain, mereka diberi masa untuk rehat
seketika. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan “Puzzle Teka Tokoh” di
mana dalam kumpulan masing-masing mereka perlu mencantumkan semula kertas yang
telah diguntingkan sehingga kelihatan nama tokoh srikandi yang terhasil dari
cantuman. Selain itu mereka dikehendaki menceritakan serba sedikit kisah
mengenai nama tokoh yang telah dicantumkan. Dan aktiviti ini telah dimenangi
oleh kumpulan 3 yang mana mereka telah mencantumkan dengan cepat dan
menceritakan kisah mengenai Fatimah Az-Zahra dengan baik & menarik.
Diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu “Musang Berjanggut”
Mereka perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi musang
dari 3 kumpulan untuk meneka siapakah nama mangsa yang didapatinya dengan
menutup mata musang. Permainan ini akan menguji sejauh mana mereka mengenal
ahli kumpulan lain dengan. Dan akhirnya kumpulan 3 sekali lagi berjaya dalam
aktiviti ini.
Kira-kira pada pukul 10.30am tamat permainan. Hadiah-hadiah
juga disediakan untuk ahli kumpulan yang menang dan kalah.
Alhamdulillah,
rehlah kali ini seronok dan berisi walaupun singkat, dan mendapat respon yang
baik dari peserta. InsyaAllah semoga ukkhuwah yang terjalin akan kekal
selamanya hingga ke Syurga.
Wassalam