Entradas populares

Jalan-jalan di Serinsim( crew kru km) satu analisis.






Salam mahabbah pada saudara-saudara yang kian jemu melihat blog ini sebab lama nda update. dun worry, keadaan bakal berubah skrg=p. Sebelum ni ada buat qiam kali kedua dengan tema Islam cara hidupku. Tapi, lupa dipublish disini. di facebook ja. Ndapala. Jom dengar cerita terbaru.

Tanggal 9 Jun 2010, crew pimpinan psskrukm telah mengadakan eksplorasi spontan yang disertai cuma kira-kira 10 orang ke Serinsim. Ramai lagi yang sepatutnya boleh turut serta namun banyak kekangan seperti ada kakak yang kawin, beliau nda izinkan dan lain-lain. Mereka bergerak dengan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah van. Perjalanan ke sana memakan masa selama dua jam.

Keadaan jalan agak genting. Permukaan tanah yang dilalui sukar ditafsir rupa bentuknya. Berbukit/berbatu/belumpur/belobang-lobang/dan bertar. Jalan yang diturap pun hanya penghujung jalan, lawaknya!!. Tayar van hampir pecah dek jalan yang bida' tapi best sebab mencabar.




Ternyata tempat yang ditujui ini menenangkan malah menginsafkan. Air yang cetek memberi peluang kepada teman-teman membasuh ayam yang bakal dipanggang. Kawasan yang dalam pula sesuai untuk sahabat-sahabat perenang beraksi(maaf, x boleh ditayang kan sebab ganas diurng mandi. sampai terbang-terbang).


Inilah pondok terhujung(rasanyala) di kawasan Serinsim. Bekas biru tu berisi nasi. Yang lain rahsia.















Ops, lupa gtau kenapa dorang datang sini. Pertama, belajar unsur survivor sikit. Gelas, pakaian salinan dan lain-lain tiada dibawa( trip ja ni, pdhl mmg byk tetinggal-nilah akibat bila spontan).

Falsafah yang terbesar disebalik ekspidisi kali ini adalah mengenang misi bantuan ke Gaza yang yang menerima pelbagai ujian yang getir.

Walaupun tidaklah sejauh mana jika dibandingkan dengan mereka disana, biarlah kdg2 kita cbr diri masing-masing supaya rasa susah dan mencabar diri sendiri untuk berhadapan dengan bahaya yang mendatang.


Cuba renung dan fikir balik . Keadaan kita hari ini dibandingkan ayam yang diperap didalam plastik ni. Muslimin dan muslimat diselimuti kegelapan ketakutan yang tidak berpenghujung. Musuh mungkin sedang bergelak ketawa melihat kita yang berkumpul seperti sayap ayam itu. Berkumpul tapi jadi penakut. Masing-masing cuba berselindung menyelamatkan diri dibawah sayap yang lain. Itu kita hari ini.








Apakah kaitan penutup tong sampah dengan arang serta ayam yang dibakar? Jangan risau, bersih juga ba tu penutup tu(hehehe) .

Itula antara sahabat kami(kami panggil dia c boy) yang kasi hidup itu api diawal pembakaran. Kau jugala boy harapan!! Lupa pula, c jumat lagi( tuan punya tempat bakar x dapat ikut sebab business dia). Thanks geng..






Wah, ini dia hasil kerja tangan crew kita. Untuk makluman, chef untuk perkelahan kali ini adalah saudara staria. Tu yang baju oren tu. Sandi' juga, tempat letak ayam pun kotak, gilaks.

Em, mungkin, setakat itu dulula kisah kali ini. Mau makan suda ni. Kami bertolak balik lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat. Van menari-nari membuat aksi drift ketika melalui laluan licin. Hilux relaks ja dibelakang van tapi ada rasa iri ati juga sebab van dapat buat macam tu. X kisah la. Yang penting semua selamat pulang ke rumah masing-masing.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua yang ikut; faiz, rendy, aku, dan muslimat lainnya.
(Lepas ni bolehla rancang untuk aktiviti rasmi kru pegi serinsim)-insyaAllah. Ops, jangan lupa, 11, 12, 13 Jun ni ada kem remaja Islam di Kota Belud. Sy x pasti penyertaan macamana. Bole tanya-014-8589976/014-8716257. Dengar yuran Rm 10.( Untuk tambang pegi sana.)

Setakat itu sahaja. Terasa iman sedikit bertambah. Alhamdulillah. WaAllaua'lam. Salam ukhuwah pada semua.

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger