Entradas populares

USRAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

InsyaAllah untuk page "USRAH" akan digunakan untuk update Perkembangan Usrah bagi setiap usrah  Sekolah2 yang diadakan setiap minggu.


Pengenalan Usrah




Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.           
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.




13 April 2012, 11.30am
SMK Bengkongan Kota Marudu,Sabah

Usrah di SMK Bengkongan telah bermula pada awal bulan Februari. Dengan kunjungan pertama ahli PSS KM ke sekolah & memberi pengenalan KRU KM kepada pelajar Sekolah. Alhamdulillah..mendapat feedback yang baik. Usrah yang dilakukan di SMK Bengkongan adalah pada setiap hari Jumaat untuk pelajar muslimin & muslimat. untuk memudahkan pelajar muslimin, usrah yang dijalankan adalah di masjid yang berhampiran, oleh itu, masuk saja waktu solat jumaat tidak menjadi masalah kepada mereka.

pada 13 April. Seperti biasa Usrah mingguan akan dilakukan.

Walaupun pada awalnya, hanya 2 orang adik usrah yang ketika itu menghadirkan diri, Alhamdulillah.. selang berapa minit kelihatan yang lain mula memenuhi ruang Library sekolah.

Umul kitab Al-fatihah pembuka tirai Setiap Usrah yang dilllakukan. Apa yang dilihat, semenjak bantuan pencarian isi syarahan untuk adik usrah yang mengikuti pertandingan syarahan MTQ yang dibantu oleh naqibah, Alhamdulillah ahli Usrah semakin bertambah dengan harapan semoga hati-hati yang dipilih itu nanti akan dapat menyebarkan lagi ilmu-ilmu yang diperolehi.

Topik usrah yang disentuh pada minggu ini ialah Rukun wuduk,Rukun Solat, Taubat serta Takut & Harap Pada Allah..

Ke empat2 topic ini sangat bersangkutpaut. kerana ini adalah ilmu asas sebagai muslim untuk mengetahui mengapa Allah menyeru kepada hambaNya melakukan taubat setelah melakukan kesalahan sepertinya lalai dalam menjalan kewajipan khususnya ibadah SOLAT.

Apa yang dititik beratkan ialah, pengetahuan Adik2 betapa pentingnya ilmu Solat. dari salah 1 syarat sahnya iaitu Wuduk yang mempunyai 6 Rukun, Azab dunia akhirat jika tidak melakukan Solat 5 waktu, dan perlunya mempelajari Taubat dan disusuri perasaan "Khauf & Roja' " (taku & harap)

InsyaAllah ilmu yang dipelajari di praktikkan & disampaikan kepada yang lain.

wajah2 adik usrah muslimat






Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger