Entradas populares

Qiamullail “Teguhkan Iman, Mantapkan Aqidah"



Pada 03-04 Nov 2012 bertempat di Masjid Jamek Al-Munawwar Pekan Lama, Kota Marudui
Alhamdulillah.. dengan rendah hati mengucapkan syukur pada Illahi kerana masih memberi Persatuan Siswazah & Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Marudu (PSS & KRU KM) kesempatan dalam mencari keredhaaNya dengan menjalankan Qiammulail yang sedikit sebanyak menambah iman samaada fasilitator mahupun peserta.
2.00 pm -menunggu ketibaa peserta. Sehinggalah selepas 4.00 pm peserta berkumpul untuk mendengar Ucapan Pengarah Program iaitu Helmi Bin Ismail dan taklimat ringkas dari kemkom iaitu adik Syukri Bin Yusuf.


Kemudian peserta menjalankan aktiviti Riadah Petang bersama fasilitator yang ditugaskan. Riadah adalah satu aktiviti penting yang dapat member permulaan yang bagi kepada para peserta agar tidak keletihan dan cepat mengantuk ketika mendengar Kuliah Dasar selepas Isyak nanti.



Selesai beriadah, minum petang di sediakan bagi mengisi tenaga untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah.
6.20 pm -Selesai menunaikan Solat, makan malam berjemaah bersama para fasilitator. Kemudian diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah. 


7.30 pm- Kuliah Dasar 1 “Akidah Asas Islam” yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PSS KM , Shamsul Bin Salai. Di mana pendedahan asas kepada terbinanya individu Muslim yang Berjaya dunia akhirat adalah individu yang memiliki akidah yang benar di sisi Allah berlandaskan Al-Quran & Sunah. Setelah itu, Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1) yang bertajuk ‘Bagai Dihujung Tanduk” bagi melihat sejauh mana & menambah kefahaman yang telah peserta perolehi daripada Kuliah Dasar. 

9.00 pm- Para peserta diberi masa bagi merehatkan diri & minum malam sebelum meneruskan lagi aktiviti. Setelah berapa minit berehat, aktiviti diteruskan dengan Slot Tayangan yang bertajuk “Islam sebagai Ad-deen”. Apa yang dititik beratkan ialah kesedaran dalam mengenai rukun Islam kedua, isitu Solat.
10.00 pm- Persiapan diri untuk bacaan Al-mulk berjemaah dan sedikit taklimat untuk aktiviti keesokkan harinya. Kemudian para peserta dikehendaki menunaikan Ibadah sunyi pada awal waktu bagi memudahkan bangun untuk Qiamullail.


3.00 am- Para peserta dikejutkan oleh fasilitator untuk bangun, bersiap menerusan aktiviti utama iaitu Qiamulllail berjemaah. Setelah Qiam, peserta diberi waktu untuk membacakan ayat-ayat Al-Quran sementara menunggu untuk menunaikan Solat Subuh.

5.30am- Kuliah Dasar 2 “Indahnya Iman” yang disampai oleh Ust Khairul Bin
Setelah itu, Riadah Pagi di adakan di kawasan tepi masjid agar dapat menyegarkan minda dan mengeratkan silaturrahim sesama peserta juga fasilitator.




8.00am- Sarapan pagi berjemaah, Slot terakhir ialah LDK 2, “Soalan Cepu Emas”, Dimana 6 Soalan yang diberikan sebenarnya berdasarkan 6 Rukun Iman yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap individu Muslim.
9.30am- Peserta dan fasilitator bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan masjid agar memastikan kawasan masjid bersih sedia kala juga sebagai simbol terima kasih kepada pihak masjid yang telah membenarkan kami berprogram di situ.



10.30am- Resolusi dan Maklum balas dari peserta bagi memperbaiki program yang akan datang dan diakhiri dengan Lambaian Ukhuwwah peserta dan fasilitator.
Alhamdulillah..







Rehlah (Sukaneka)



Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada sekali lagi dalam kesempatan pada hari Ahad(1/7/2012) untuk berkumpul untuk mengeratkan ukkhuwah di antara sesama ahli KRU KM dan PSS KM. 

 Walaupun kehadiran muslimin tidak memberangsangkan dan ahli – ahli yang lain kerana terlibat dengan aktiviti sekolah namun tidak menghalang Rehlah untuk diteruskan bertempat di Taman Rekriasi Kota Marudu. Seramai 13orang muslimat dan 2orang muslimin yang sempat menghadirkan diri.

Bermula pada pukul 8.00am menunggu ketibaa ahli muslimat yang lain, dan sebelum memulakan aktiviti Rehlah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ahli PSS KM (Nursyakila) mengenai “4 Golongan Lelaki yang akan ditarik oleh Wanita ke Neraka”

Selepas berakhirnya tazkirah ringkas, pada pukul 9.00am bermulalah aktiviti rehlah, yang mana rehlah kali ini menguji “team work” ahli kerana mereka dibahagikan 3 kumpulan untuk mengharungi semua permainan bersama.

Permainan pertama adalah “Belon Ukhhuwah” di mana peserta berpasangan berlumba membawa belon yang ditelakkan dipipi peserta untuk di berikan kepada pasangan yang lain. Belon tersebut tidak boleh jatuh, dan tidak boleh disentuh kerana di kira batal. Dan kumpulan yang telah memenangi permainan ini ialah kumpulan 1.



Setelah itu, aktiviti mengunakan belon juga diteruskan yang dinamakan “Makin Jauh, Makin Sayang” kerana peserta perlu membaling belon kepada pasangan yang lain dan perlu memastikan belon tidak pecah. Aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 2.

Kemudian, program diteruskan dengan permainan ke-tiga. “Lumba dalam ikatan”. Berlari dalam keadaan sebelah kaki terikat pada pasangan yang memerlukan strategi masing-masing agar cepat berjalan dan tali tidak terbuka. Kumpulan yang telah memenagi adalah kumpulan 3.


Setelah penat bermain, mereka diberi masa untuk rehat seketika. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan “Puzzle Teka Tokoh” di mana dalam kumpulan masing-masing mereka perlu mencantumkan semula kertas yang telah diguntingkan sehingga kelihatan nama tokoh srikandi yang terhasil dari cantuman. Selain itu mereka dikehendaki menceritakan serba sedikit kisah mengenai nama tokoh yang telah dicantumkan. Dan aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 3 yang mana mereka telah mencantumkan dengan cepat dan menceritakan kisah mengenai Fatimah Az-Zahra dengan baik & menarik.

  

Diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu “Musang Berjanggut”
Mereka perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi musang dari 3 kumpulan untuk meneka siapakah nama mangsa yang didapatinya dengan menutup mata musang. Permainan ini akan menguji sejauh mana mereka mengenal ahli kumpulan lain dengan. Dan akhirnya kumpulan 3 sekali lagi berjaya dalam aktiviti ini.
Kira-kira pada pukul 10.30am tamat permainan. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk ahli kumpulan yang menang dan kalah. 


Alhamdulillah, rehlah kali ini seronok dan berisi walaupun singkat, dan mendapat respon yang baik dari peserta. InsyaAllah semoga ukkhuwah yang terjalin akan kekal selamanya hingga ke Syurga.

Wassalam

PSS & KRU buktikan kecemerlangan ahli!


Assalamualaikum WB. Alhamdulillah.. Syukur atas segala limpah kurnia dariNya. Hari ini ada perkongsian yang menarik dari ahli Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah yang ingin dikongsikan bersama. ;)

Yang Pertama adalah adik Nur Farten Izzati Binti Rablin , 20 yang pernah menjadi juara Qariah
Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Melaka pada tahun 2011.

Dan sekarang adik Faten sedang berada di  PERSADA Johor untuk
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 1433H/ 2012M yang berlangsung  Jun 04, 2012 - Jun 08, 2012. Yang mana semalam, telah bersiaran langsung di TV1 memperdengarkan bacaan adik Faten, Mohon dipanjatkan doa daripada sahabat-sahabat sekalian. ;)


Adik Faten bersama Ustaz Rafie bekas guru di SMK Kota Marudu,  juga wakil Qari Sabah. 


Yang Kedua ialah bekas Pengerusi Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu iaitu adik
Asri Bin Sindong yang telah di pilih menjadi Pengerusi Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun ini yang mana pada minggu lalu telah kehilangan Datuk Kesayangan Beliau.

Tahniah & Takziah diucapkan kepada adik Asri, Semoga dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik Moga terus Teguh & Tabah menghadapi segala rintangan. InsyaAllah Doa kami mengiringi sahabat2 di sana.

Adik Asri yang baru sahaja tiba d Matrix Labuan ;)



SYABAS &TAHNIAH!! 









Rehlah @Bengkoka





Rehlah “Santai, Dataran Bengkoka
9.30am

Bismillahhirahmannirahim.. Alhamdulillah.. Walaupun ada beberapa kekangan yang berlaku sebelum bermulanya program, namun tetap berjalan dengan baik.

8.00am. Berkumpul di Masjid At-Taqwa ,manakala Ajk Pengangkutan menunggu peserta lain untuk bertolak dengan membawa barang-barang keperluan masing-masing. Perjalanan mengambil masa selama  45minit untuk tiba ke destinasi.

Setelah tiba, peserta mempersiapkan  sarapan pagi sementara menunggu peserta & Ajk yang lain tiba. Turut menyambut ketibaan di sana, adik Bibi Manisa wakil (KRU Pitas) yang juga bekerjasama menjadi Ajk untuk penyediaan makanan tengah hari dirumahnya.

Semestinya saat yang  indah apabila terdapat juga aktiviti tambahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu peserta-peserta secara percuma berpeluang menaiki bot untuk melihat “bangag” ditengah laut yang dipandu oleh ahli KRU Pitas.

  

Kemudian Rehlah diteruskan lagi dengan pertandingan memancing, dimana peserta di bahagikan dalam kumpulan, dan kumpulan yang paling cepat mendapat ikan akan menang. Alhamdulillah..  Peserta muslimat telah mendahului pertandingan tersebut.


Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan slot “Dakwah Sketsa ”. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza untuk melakonkan menterjemahkan idea mereka berkaitan tajuk yang telah ditetapkan oleh juri yang terdiri daripada PSS Kota Marudu. Kumpulan yang telah mencuri hati pihak juri adalah kumpulan yang bertajuk “Anak Derhaka, Tiada Jaminan Dunia Akhirat”.
Tamatnya aktiviti yang berlangsung, peserta turut disediakan makanan tengah hari di atas Dataran sambil menghirup udara segar. Kemudian, tidak lupa gotong-royong membersihkan tapak Dataran yang telah digunakan untuk keselesaan pengunjung lain.

 

Sebelum menutup tirai, hadiah bagi pemenang pertandingan Memancing & Sketsa telah disampaikan oleh PSS Kota Marudu. Dalam perjalanan pulang ke Kota Marudu, Ajk & Peserta berkesempatan untuk singgah di rumah adik Bibi Malisa untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah.

Alhadmulillah..Selamat tiba di Masjid At-Taqwa untuk berkumpul  bagi menunaikan Solat Asar & bersurai kira-kira pada pukul 4.00pm.


Muslimat KRUKM Menawan Media

Alhamdulillah.. berkat kesabaran & ketabahan dalam menghadapi suka & duka mengharungi cabaran dalam menguruskan masanya belajar, berdakwah,melakukan aktiviti usrah, adik Nur Shahirah Bt Saman atau lebih mudah dikenali sebagai memeng oleh sahabat-sahabatnya telah mendapat anugerah KRS(Kelab Remaja Sekolah) Terbaik Wanita 2012 ketika menghadiri Perkhemahan Perdana KRS.



Shahira merupakan Ajk dari Lajnah Kebajikan dalam organisasi KRUKM, sememangnya telah lama bergiat aktif dalam kelab ini malah juga persatuan lain disekolahnya iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Kota Marudu 1.


kelihatan adik shahirah bersama sahabat2nya

Pencapaian sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang lain, agar boleh membuktikan dengan pengurusan masa yang baik, melakukan perkara yang berfaedah pastinya membuahkan hasil yang cemerlang. InsyaAllah ;)



“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU MENOLONG
AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN
MENGUATKAN KEDUDUKAN KAMU!” (Muhammad:7)







"Good Bye KM, Welcome KML"



18 Mei 2012
2.30PTG

Alhamdulillah.. Atas Kurniaan Kasih Sayang Illahi, masih diberi kesempatan untuk bertemu dalam Program yang telah berlangsung dengan kesayuan petang Jumaat.

Hamba Allah yang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) Ialah adik Asri Sindong(Pengerusi KRUKM) dan Alwin Edrin(Lajnah Tarbiyah KRUKM) yang mana kedua-duanya adalah orang kuat atau orang penting bagi organisasi KRUKM.

Program yang berlangsung di Astaka KM dihadiri oleh ahli terdekat KRUKM dan 2 orang wakil PSSKM bagi mendengar amanat terakhir dari Pengerusi KRUKM. Meskipun, adik Alwin tidak dapat menghadirkan diri kerana masih ada yang perlu diselesaikan.


Asri (yang sedang menutup muka, malu agaknya ya)

Dalam kesempatan itu, penganti untuk Adik Asri & Adik Alwin juga turut hadir juga untuk mendengar amanat terakhir untuk menyambung sinar Islam di bumi KM.

"Amanat saya hanya perkataan pendek seja la"Istiqamah" & jangan berputus asa, kerna kadang-kadang perkara yang membuatkan kita putus asa ni adalah dosa-dosa kita sendiri, jadi perlunya muhasabah dan rasakan diri kita ni bertanggungjawab untuk melaksanakannya, jangan pula merasakan diri kita ini tidak layak, perlu lah berusaha & berkorban."

Banyak sebenar amanat yang disampaikan oleh Adik Asri tapi itulah sedikit pesan-pesan Adik Asri yang boleh dikongsikan bersama.

Adik-adik Muslimat yang hadir


Alhamdulillah, Adik Asri selamat sampai d KML 


Sama-sama kita doakan untuk sahabat-sahabat yang berada diperantauan untuk menuntut ilmu bagi kepentingan ummah di masa hadapan kelak.



InsyaAllah. Doa rabitah pengikat hati2 kita-






Qiam Gabungan KRUKM


Qiam Gabungan.
SMK KM1, KM2, Bengkongan, Langkon, Tandek


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada kita dalam meneruskan peranan kita untuk menegakkan kalimah Allah.
Qiammulail Gabungan KRU Kota Marudu telah Berjaya dijalankan pada 27-28 April 2012 Peserta dari SMK KM1, SMK KM2, SMK Tandek, SMK Langkon & SMK Bengkongan.

Seramai 26orang muslimin yang bertempat di Masjid Pekan Lama dan 38orang peserta muslimat di Pasti Taman KDC Kota Marudu.

Bermula pada pukul 3.00 pm menunggu ketibaa peserta. Sehinggalah selepas waktu magrib peserta bersiap untuk menunaikan solat berjemaah & mendengar kuliah magrib daripada Dayang Sri Rafidah yang bertajuk “Aqidah tunjang utama Umat Islam” seterusnya menyelaraskan silibus usrah di setiap sekolah. Setelah itu solat Isyak berjemaah, kemudian Makan malam bersama.

Diteruskan dengan (Latihan Dalam Kumpulan) LDK yang bertajuk “Fungsi pokok” dimana peserta dibahagikan dalam kumpulan dan ditugaskan untuk mengaitkan Aqidah,Ilmu,Akhlak & Ibadah dalam lukisan sebatang pokok.

Untuk melihat sejauh mana kefahaman peserta memahami konsep “Aqidah tunjang utama Umat Islam” dan setiap kumpulan perlu menghantar wakil bagi melukis hasil perbincangan mereka.



Setelah itu, resolusi diberikan oleh Nur syakila Jamal untuk memberikan jawapan sebenar & menerangkan lukisan disebalik sebatang pokok.
Kemudian, program diteruskan dengan tayangan penghayatan mengenai pemergian Rasulullah agar mewujudkan keinsafan & rasa kecintaan kepada Rasulullah & perjuangan baginda. Juga tayangan kesedaran di tayangkan kepada peserta mengenai kehidupan umat islam yang menderita akibat cengkaman kuasa besar & betapa pentingnya peserta perlu menyintai & ingin mendalami ilmu agama.
Jam 12.00 para peserta diminta untuk tidur & penerangan diberi untuk perjalanan pada keesokkannya.

Jam 3.30 am bangun untuk Qiammulail berjemaah, setelah itu zikir penghayatan dan tayangan mengenai isu-isu muslimah ditayangkan.

Setelah itu, senaman pagi bersama Ajk yang lain agar mengeratkan lagi ukhhuwah yang terbina. Setelah itu, sarapan pagi. Resolusi keseluruhan dibuat & meminta setiap wakil dari sekolah bagi memberi sebarang maklum balas. Lambaian ukhuwwah bersama peserta dan tamat pada pukul 9.00am.

Liqo Adik2 Usrah Sekolah



Assalamualaikum.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..syukur pada Illahi.. sehingga hari ini masih dberi peluang & ruang.

Pada 15 April 2012; 8.00am

Ahad merupakan hari yang sibuk di Kota Marudu, jalan-jalan utama sesak, orang ramai berpusu-pusu untuk ke "Tamu". Begitula kadar pertumbuhan yang cepat berlaku di KM ini, yang dahulunya jalan rengang, namun kini pengunaan pengangkutan jalan raya juga meningkat.  tambahan pula ketika itu di Dewan Komuniti KM ada "stacy". apa dia buat d situ? "Wallahu'alam

berbalik pada cerita asal.

Satu perjumpaan khas yang dibuat untuk adik-adik Usrah Sekolah. Iaitu pelajar Sekolah SMK KM 1, SMK KM 2, SMK Tandek & SMK Benkongan.

Untuk pertemuan pertama kali ini, semestinya sesi taaruf akan dibuat dengan adik-adik usrah, setelah itu bersarapan bersama ahli-ahli lama KRU & mereka di ajar untuk meyuapkan makanan kepada sahabat-sahabat terlebih dahulu. Ada yang kelihatan sangat gembira kerana dapat bertemu ahli-ahli KRU yang lain, kerana sebelum ini tidak pernah melihat atau mengenali ahli-ahli KRU dari sekolah yang berlainan.





Selepas itu, tazkirah ringkas untuk me-refresh niat kepada semua yang hadir.
kemudian, sesi suai kenal bersama ahli tertinggi KRU & ucapan-ucapan khas yang ditujukan oleh adik-adik usrah sekolah agak lebih bersemangat & istiqomah.



Pemakluman Qiamullai kepada adik-adik usrah diberikan lebih awal & diberikan borang kebenaran ibu bapa untuk memastikan program yang akan dijalankan minggu depan berjalan dengan redha ibu bapa & tanpa keraguan dengan pemergiaan adik-adik.

Wakil setiap sekolah juga diminta untuk menyatakan pendapat mereka mengenai usrah di sekolah. Alhamdulillah mendapat respon yang baik.



Untuk mengamitkan lagi suasana, tayangan video Qiamullai yang telah diadakan agar adik-adik usrah mendapat pendedahan awal & mempunyai keinginan yang tinggi untuk istiqomah.

Pertemuan yang ringkas dengan adik-adik Usrah diakhiri dengan ucapan & salam daripada adik Asri iaitu Pengerusi KRU KM yang akan menjalani PLKN. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalan urusannya di sana nanti.

Sehingga sini ja entry kali ini..

Wassalam..

Pameran & Jualan PSS & KRUKM Sempena Festival Kesenian Islam Peringkat PBU

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah.. atas kurniaan & nikmat Islam & Iman yang Allah S.W.T berikan, PSS & KRUKM berkesempatan mengadakan gerai pameran & jualan sempena Festival Keseniaan Islam peringkat PBU pada 12/4/2012 bertempat di Dewan Komuniti KM.

sekitar kawasan dewan


Nama program pun agak menarik "Festival Kesenian Islam" bersangkutpaut dengan ayat yang sering kita dengar iaitu "Dakwah adalah Seni"
Seni bagaimana? bukankah yg dimaksudkan seni itu lukisan,lakonan,lagu & sebagainya.

"Dakwah adalah seni" dalam erti kata yg lain ialah dalam menyampaikan ajaran Islam & menarik minat masyarakat untuk mengamalkan Islam haruslah dengan berhikmah ada caranya yang tertentu. ia juga dipengaruhi oleh peredaran zaman. Pendakwah kini harus mengikuti perkembangan media massa. tapi awas! jangan pendakwah pula yg hanyut dibawa arus..

PSS & KRUKM juga merupakan wadah/medium untuk mencungkil lagi bakat seni dalam berdakwah.



seperti firman Allah yang bermaksud ""SERULAH (SEMUA MANUSIA) KEPADA JALAN TUHANMU DENGAN HIKMAH DAN PENGAJARAN YANG BAIK" AL-NAHL:16 AYAT 125"

Program yang bermula jam 8.00am sehingga 9.00am, menyelitkan beberapa aktiviti yang dipertandingkan seperti marhaban,kompang,nasyid moden & tradisional.

marhaban dari daerah Ranau


pasukan kompang dari Kota Marudu

Pasukan Kompang dari Kota Belud

         Alhamdulillah.. untuk pameran kami memasang LCD Projector untuk menayangkan video program yang telah dijalankan & mengedar risalah kepada yang hadir. selain pelajar sekolah dari luar kawasan Kota Marudu yang berminat, ibu bapa yang juga turut ingin mengalakkan anak2 mereka menyertai PSS & KRU.                                                                            



                                                                                       
                                                                               
                                                                                   
antara suasana yg dihadapi:

PSS: Assalamu'alaikum pkck.. kami PSS & KRUKM ni persatuan yang khas untuk menjalinkan persaudaraan yg baik dengan pelajar sekolah, masyarakat & menjalankan program2 bagi mengisi kerohanian.

Pkck: wa'alaikumsalam.. iya.. oh... bagus ni..(sambil tersenyum) sy pun suka anak sy ikut program2 begini..

PSS: Alhmdulillah.. pkck boleh ambil risalah ni..ada no contact juga dengan isi borang ni untuk anak pkck. ^^,

Pkck: iya..nanti pkck kasi tau dia,

PSS: jadi..anak pkck sekarang sekolah di mana?

pkck: Di perlis..

PSS: (- -') oh.. di perlis.. nda pa pkck.. PSS yang lain betaburan juga d semenanjung tu, kalau ada cuti, dorng balik la, buat program jumpa adik2..

pkck: ngam la tu.. nnti anak pkck balik..pkck kasitau dia..ya.. trma kasih la ar..

lebih kurang begitulah dialognya..


untuk jualan pula. antara jualannya ialah : tasbih,mathurat,sarung lengan,dadih,air kotak, & yg istimewa kerongsang bunga yang dibuat sendiri oleh ahli kRU.





Program tamat sekitar jam 5.00pm. Mula mengemas-gemas barang dan bersurai. InsyaAllah akan mencari peluang lagi untuk merapatkan ukhuwwah bersama masyarakat.. ;)
                                                                       

LCD untuk disewa

Assalamulaikum & Salam sejahtera..
Iklan sekejap...
Alhamdulillah PSS berkesempatan untuk menyewakan LCD Projector Kepada sesiapa
yang memerlukan ^^, 

Galeri 2011 & awal 2012

santai2 dulu..( Usrah pertama d SMK KM 2)

ihya ramadhan (Di KG Parong)

adik2. senyum ^^,( Usrah Pertama Di Sk Langkon)

sarapan bah.. (Berprogram bersama adik2 KRU)

muslimah, boleh! (Muslimat sedang syura' )

jom cari mad'u (Dakwah Valentine)

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger