Rehlah “Santai, Dataran Bengkoka
9.30am
Bismillahhirahmannirahim.. Alhamdulillah.. Walaupun ada
beberapa kekangan yang berlaku sebelum bermulanya program, namun tetap berjalan
dengan baik.
8.00am. Berkumpul di Masjid At-Taqwa ,manakala Ajk
Pengangkutan menunggu peserta lain untuk bertolak dengan membawa barang-barang
keperluan masing-masing. Perjalanan mengambil masa selama 45minit untuk tiba ke destinasi.
Setelah tiba, peserta mempersiapkan sarapan pagi sementara menunggu peserta &
Ajk yang lain tiba. Turut menyambut ketibaan di sana, adik Bibi Manisa wakil
(KRU Pitas) yang juga bekerjasama menjadi Ajk untuk penyediaan makanan tengah
hari dirumahnya.
Semestinya saat yang indah apabila terdapat juga aktiviti tambahan
yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu peserta-peserta secara percuma berpeluang
menaiki bot untuk melihat “bangag” ditengah laut yang dipandu oleh ahli KRU
Pitas.
Kemudian Rehlah diteruskan lagi dengan pertandingan
memancing, dimana peserta di bahagikan dalam kumpulan, dan kumpulan yang paling
cepat mendapat ikan akan menang. Alhamdulillah.. Peserta muslimat telah mendahului
pertandingan tersebut.
Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan slot “Dakwah Sketsa
”. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza untuk melakonkan menterjemahkan
idea mereka berkaitan tajuk yang telah ditetapkan oleh juri yang terdiri
daripada PSS Kota Marudu. Kumpulan yang telah mencuri hati pihak juri adalah
kumpulan yang bertajuk “Anak Derhaka, Tiada Jaminan Dunia Akhirat”.
Tamatnya aktiviti yang berlangsung, peserta turut disediakan
makanan tengah hari di atas Dataran sambil menghirup udara segar. Kemudian,
tidak lupa gotong-royong membersihkan tapak Dataran yang telah digunakan untuk
keselesaan pengunjung lain.
Sebelum menutup tirai, hadiah bagi pemenang pertandingan Memancing
& Sketsa telah disampaikan oleh PSS Kota Marudu. Dalam perjalanan pulang ke
Kota Marudu, Ajk & Peserta berkesempatan untuk singgah di rumah adik Bibi
Malisa untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah.
Alhadmulillah..Selamat tiba di Masjid At-Taqwa untuk berkumpul bagi menunaikan Solat Asar & bersurai
kira-kira pada pukul 4.00pm.
0 komen:
Catat Ulasan