Entradas populares

"LADIES DAY"



“Sebaik hiasan dunia, ialah wanita solehah”

Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi kerana dengan izin dan kurniaaNya, PSS KM & KRU KM telah selamat mengadakan program “Ladies Day” pada 27/03/2013 di Pasti Al-Hikmah Taman J.J Kota Marudu.

Ladies Day dimulakan dengan tazkirah “Kecantikan Wanita Sebenar” yang disampaikan oleh PSS sangat rajin setiap kali tazkirah yang ingin di sampaikan, mesti di iringi dengan “slide” yang disediaknnya. Alhamdulillah pengisian yang diberi sedikit sebanyak memberi ilmu baru kepada peserta dan ajk yang bertugas.

Diteruskan dengan Pertandingan Ratu Muslimah yang disertai oleh 4orang peserta, di mana selain keyakinan, kreatif dan pengetahuan dalam ilmu agama juga di ambil kira oleh para juri untuk dijadikan sebagai juara Ratu Muslimah.


Kemudian Program seterusnya ialah Pembelajaran Penggunaan Photoscape. Sebelum pembelajaran bermula, peserta perlu mengetahui kepentingan pembelajaran tersebut iaitu untuk melindungi gambar-gambar muslimah dari menjadi fitnah dunia terutama zaman media social yang semakin merunsing walaupun photoscape adalah satu aplikasi mudah yang penting kegunaannya demi kebaikan muslimah. 




Program berhenti seketika setelah masukknya waktu solat zuhur, para peserta dan ajk solat berjemaah bersama. Usai solat zuhur, makan tengah hari berjemaah dengan lauk yang cukup simple tapi istimewa; ikan masin, telur goreng dan sambal asam jawa serta timun yang tumis.




Alhamdulillah.. program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Muslimat PSS KB kemudian mereka sempat lagi beraaruf dengan peserta dan ajk Ladies Day.

Selepas itu, Pertandingan Nasyid bermula dan dihakimi oleh Musiimat PSS KB diteruskan. Dengan 3 kumpulan yang bertanding mengikut lagu yang dipilih oleh peserta sendiri. 



Selesai pertandingan Nasyid, Explorace Dakwah adalah aktivti terakhir yang dilaksanakan mengikut ‘checkpoint’ yang telah disediakan. Para peserta perlu menempuh semua checkpoint dengan jayanya agar mereka dapat ke checkpoint seterusnya. Di mana checkpoint tersebut di awasi oleh ajk  bertugas yang berlakon mengikut situasi seperti pasangan yang sedang berdua-duaan, sekelompok manusia yang sedang mengumpat, bergaduh dan golongan yang tidak menunaikan solat. 

Akhirnya, Explorace Dakwah ditamatkan dengan baik, para peserta perlu mempunyai ilmu, seni dalam berdakwah dan hujah yang bernas.
Sebelum mengakhiri Program, Majlis Penyampaian hadiah dijalankan kepada pemenang-pemenang dan sedikit tayangan Montaj Program.



Di akhiri dengan Lambaian Ukhuwwah, semoga ukhuwwah yang tertaut di eratkan dan tetap dalam jalan dakwah menuju redha Allah.. :)




Off To Simpang Mengayau



Pada 11.02.13 Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu telah mengadakan Rehlah di Simpang Mengayau


 Mula bertolak pada pukul 11.30am selepas berkumpul di  Masjid At-Taqwa. Alhamdulillah kira-kira 12lebih sampai di lokasi. Disambut dengan cuaca yang memukau pandangan. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah..





Sebarkan Kasih Sayang ^__^



Antara barisan Muslimat yang terlibat ^^,


Alhamdulillah.. Pada 2.02.13 dan 13.02.13 Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU)  telah mengadakan aktiviti mengedar risalah di Sekitar Pekan Bandau dan Pekan Gohsen, Kota Marudu.

Dimana Objektif aktiviti ini ialah bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat dan kepada ahli persatuan dan kelab khusunya dalam pentingnya memupuk Sifat murni yang dikurniaan kan Tuhan kepada manusia iaitu Kasih Sayang.


Risalah yang diedarkan :)

Kerana tingginya nilai diri manusia adalah sejauh mana individu tersebut menyayangi dirinya sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain. Contohnya dalam konteks penjagaan kesihatan iaitu menjauhi perkara yang mendatangkan kesan buruk kepada diri dan orang lain.

  

Islam adalah agama yang menitik beratkan nilai Kasih Sayang yang Allah kurniakan kepada hambanya tidak ada sempadan dan kadar had tertentu. Oleh kerana, jika kita mempunyai sifat yang murni ini, secara semula jadinya nilai-nilai murni yang lain akan terbentuk dalam menjalani kehidupan dengan baik.

Non-Muslim juga tidak diabaikan :) 
Allah s.w.t bukan sahaja memerintahkan hambaNya agar menjaga hubungan denganNya dengan sesama manusia, malah haiwan dan tumbuhan juga makhluk yang diberikan perhatian dalam proses untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

“ Sesungguhnya kasih sayang itu cabang (penghubung) kepada Allah SWT. Barang siapa yang menyambungnya,maka Allah akan menyambung (kasih sayang-Nya) dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutus (kasih sayang-Nya) dengannya.” (HR. Bukhori)

Alhamdulillah respon masyarakat cukup baik sekali, sekalipun ada yang non-muslim sendiri bila ditanya tentang Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine’s Day yang kita tahu dan yang diperkenalkan dari media-media 14.02.13 tidak sepatutnya disambut, sedangkan Kasih Sayang adalah untuk seumur hidup bukan shari atau dua hari. Dan lebih teruk dari itu sejarah peristiwa tersebut ialah sempena Hari Peringatan Pembunuhan Paderi pada 14 Feb. Dan Merupakan Tarikh Kejatuhan Kerajaan Andalusia (Kerajaan Islam Bani Umaiyyah Yang Dianggap Zalim). MasyaAllah..



Oleh itu, mari kita sama-sama sebarkan Kasih Sayang Sebenar :) 
Terima Kasih kepada adik-adik KRU yang terlibat ^_^ 
Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dariNya..




Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger