“Sebaik hiasan dunia, ialah wanita solehah”
Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi kerana dengan izin dan
kurniaaNya, PSS KM & KRU KM telah selamat mengadakan program “Ladies Day”
pada 27/03/2013 di Pasti Al-Hikmah Taman J.J Kota Marudu.
Ladies Day dimulakan dengan tazkirah “Kecantikan Wanita
Sebenar” yang disampaikan oleh PSS sangat rajin setiap kali tazkirah yang ingin
di sampaikan, mesti di iringi dengan “slide” yang disediaknnya. Alhamdulillah
pengisian yang diberi sedikit sebanyak memberi ilmu baru kepada peserta dan ajk
yang bertugas.
Diteruskan dengan Pertandingan Ratu Muslimah yang disertai
oleh 4orang peserta, di mana selain keyakinan, kreatif dan pengetahuan dalam
ilmu agama juga di ambil kira oleh para juri untuk dijadikan sebagai juara Ratu
Muslimah.
Kemudian Program seterusnya ialah Pembelajaran Penggunaan
Photoscape. Sebelum pembelajaran bermula, peserta perlu mengetahui kepentingan
pembelajaran tersebut iaitu untuk melindungi gambar-gambar muslimah dari
menjadi fitnah dunia terutama zaman media social yang semakin merunsing
walaupun photoscape adalah satu aplikasi mudah yang penting kegunaannya demi
kebaikan muslimah.
Program berhenti seketika setelah masukknya waktu solat
zuhur, para peserta dan ajk solat berjemaah bersama. Usai solat zuhur, makan tengah hari berjemaah dengan lauk
yang cukup simple tapi istimewa; ikan masin, telur goreng dan sambal asam jawa serta timun
yang tumis.
Alhamdulillah.. program kali ini diserikan lagi dengan
kehadiran Muslimat PSS KB kemudian mereka sempat lagi beraaruf dengan peserta
dan ajk Ladies Day.
Selepas itu, Pertandingan Nasyid bermula dan dihakimi oleh
Musiimat PSS KB diteruskan. Dengan 3 kumpulan yang bertanding mengikut lagu
yang dipilih oleh peserta sendiri.
Selesai pertandingan Nasyid, Explorace Dakwah adalah aktivti
terakhir yang dilaksanakan mengikut ‘checkpoint’ yang telah disediakan. Para
peserta perlu menempuh semua checkpoint dengan jayanya agar mereka dapat ke
checkpoint seterusnya. Di mana checkpoint tersebut di awasi oleh ajk bertugas yang berlakon mengikut situasi
seperti pasangan yang sedang berdua-duaan, sekelompok manusia yang sedang
mengumpat, bergaduh dan golongan yang tidak menunaikan solat.
Akhirnya,
Explorace Dakwah ditamatkan dengan baik, para peserta perlu mempunyai ilmu,
seni dalam berdakwah dan hujah yang bernas.
Sebelum mengakhiri Program, Majlis Penyampaian hadiah
dijalankan kepada pemenang-pemenang dan sedikit tayangan Montaj Program.
Di akhiri dengan Lambaian Ukhuwwah, semoga ukhuwwah yang
tertaut di eratkan dan tetap dalam jalan dakwah menuju redha Allah.. :)
0 komen:
Catat Ulasan