Entradas populares

Kerinduan pada Sang Pencipta, Solat menjadi penghubung (Qiam ke-3 2011)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukilkan dalam al-Quran yang penuh dengan petunjuk itu tentang bagaimana keadaan rasul junjungan ketika mendapat seruan untuk berqiamullail. Saat itu sangat penuh dengan penegasan supaya bangun dalam keadaan yang bersegera tanpa bertangguh lagi.

Sebuah kisah santai untuk tatapan semua. 

        Saat itu, hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sederhana, terdengar suara orang berbisik, "Wahai isteriku, ikhlaskah kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"

         "Suamiku kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada disampingmu. Namun, saya ikhlas dengan apa yang kamu suka. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskanNya?" jawab Aisyah dengan lembut. Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wuduk lalu tegak dalam kesolehan qiamullail.

Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini.

 Sebuah hadis riwayat muslim, Rasulullah S.A.W pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat malam!".

Berikut beberapa keistimewaan yang diperoleh orang yang solat malam: 

1) Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahnatnya(Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2) Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji(Surah al-Israk ayat 79).

3) Mendapat pujian daripada Allah(Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4) Dilihat sebagai orang yang beriman(Surah as-Sajadah ayat 16).

5) Darjat dibezakan dengan orang yang malas(Surah az-Zumar ayat 9).

Mini analisis qiam kali ini.(Objektif- memberi kefahaman tentang solat secara umum-berkenal-kenalan sesama saudara seislam dan mengeratkan silaturrahim-menyubur dan merancakkan pembinaan bakal amilin.)

1) Peserta min seramai 24 orang. manakala muslimat seramai 20 orang. muslimin power-publisiti yang agak menarik dan sentiasa perlu diperbaiki.


Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger