Entradas populares

Kerinduan pada Sang Pencipta, Solat menjadi penghubung (Qiam ke-3 2011)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukilkan dalam al-Quran yang penuh dengan petunjuk itu tentang bagaimana keadaan rasul junjungan ketika mendapat seruan untuk berqiamullail. Saat itu sangat penuh dengan penegasan supaya bangun dalam keadaan yang bersegera tanpa bertangguh lagi.

Sebuah kisah santai untuk tatapan semua. 

        Saat itu, hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sederhana, terdengar suara orang berbisik, "Wahai isteriku, ikhlaskah kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"

         "Suamiku kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada disampingmu. Namun, saya ikhlas dengan apa yang kamu suka. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskanNya?" jawab Aisyah dengan lembut. Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wuduk lalu tegak dalam kesolehan qiamullail.

Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini.

 Sebuah hadis riwayat muslim, Rasulullah S.A.W pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat malam!".

Berikut beberapa keistimewaan yang diperoleh orang yang solat malam: 

1) Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahnatnya(Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2) Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji(Surah al-Israk ayat 79).

3) Mendapat pujian daripada Allah(Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4) Dilihat sebagai orang yang beriman(Surah as-Sajadah ayat 16).

5) Darjat dibezakan dengan orang yang malas(Surah az-Zumar ayat 9).

Mini analisis qiam kali ini.(Objektif- memberi kefahaman tentang solat secara umum-berkenal-kenalan sesama saudara seislam dan mengeratkan silaturrahim-menyubur dan merancakkan pembinaan bakal amilin.)

1) Peserta min seramai 24 orang. manakala muslimat seramai 20 orang. muslimin power-publisiti yang agak menarik dan sentiasa perlu diperbaiki.


              Adzlan, seorang yang stylo tapi rupa-rupanya wakil syarahan peringkat zon. Mantap nih!

2) Tempat Masjid Jamek Pekan Lama, Kota Marudu-masa akan datang buat tempat lain  untuk keluasan dakwah.


      Ustaz Fairuz tengah sampaikan ceramah,(dia intro ja, ad tu kawannya yang satu lagi cerita pasal solat). Mantap!

3) 5 orang dari SMK Tandek, 6 orang dari SMK Bengkongan, selebihnya dari SMK KM 1 dan 2.


               Apalah dorang buat ni( yang pastinya sesuatu yang mengundang pahala, jangan risau)

4) LDK- mengalami masalah kurang kefahaman cara pelaksanaan yang sepatutnya menurut kata AJK. Kreativiti perlu untuk LDK akan datang.


                                                              LDK main graf, dasyatnya qiam kali ni

5) Pembawaan qiamullail yang masih sama.-cara mengatasi adalah meneruskan hubungan silaturrahim dengan peserta melalui pelbagai medium walaupun setelah habis program.


                          Jejaka itu sedang memfokus apa?(fokus grafla, fikir bukan2 pula)    

 6) Antara aktiviti kali ini adalah taaruf, main bola, belajar tentang solat, qiam, makan, gotong-royong dan sebagainya.


                                                No comment


Kesimpulan: Intipati program kali ini bukanlah qiamullail semata-mata. Tapi, yang lebih penting, jalinan kasih sayang sesama muslim yang perlu diperkasa semula. Kerana, tanpa kebersamaan, Islam tetap akan hancur dan tidak akan bangun2. Lebih2 lagi, suasana di Kota Marudu yang penuh dengan kejahilan tentang kefahaman Islam yang sebenar, ancaman aqidah yang merisaukan, juga isu kebajikan yang semakin diabaikan oleh pihak yang berkenaan. Oleh itu, teruslah bersama dalam menghidupkan amalan salafussoleh secara jamae'i, agar kita boleh menumbangkan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Takbir!

p/s other pictures have been uploaded in fb.- Jieha az-Zahra

wrote by 

kamilsharif


¡Compártelo!

0 komen:

Catat Ulasan

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger