Entradas populares

Trip to Simpangan's River


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya sementara. Tapi, hampir semua orang tidak sedar walaupun hampir semua pernah belajar rukun iman. Belajar, tapi ingatkan sudah habis belajar masa sekolah dulu, rupa-rupanya kena belajar sampai mati rupanya. Kenapa? Sebab, itu sahaja jalan untuk ke syurga yang abadi. Kalau setakat bangga dapat hafal rukun iman, ibarat macam kaset rakaman ja. Boleh diulang-ulang oleh kaset tapi kaset x pandai hayati. Sebab tiada hati. X kan manusia tiada hati?

Itu mukaddimah. Yang sebenarnya mau cerita tentang aktiviti psskrukm baru-baru ni. Tanggal 1/12/2010, kira-kira 25 ke 30 orang ahli telah mengadakan rehlah di Sungai Simpangan, Kota Marudu. Bertolak seawal jam 830 pagi, sampai lebih kurang 845 pagi. Macam biasa, jalan menaiki 5 buah kenderaan yang pelbagai( hilux dua, kancil satu, innova, dan lori kecil).


KRUKM is TatAP!


Otai KM tengah ambil Picture


@____@
ukhuwah is the best



Geng2 KRUKM.

Di sana masih ada harapan.
Menghidupkan api menerangi kegelapan.
Jadilah seperti percikan api.
Kerana ia bisa membakar rimba.
Jadilah seorang remaja yang berwawasan.
Kerana anda penentu masa depan.

by: MB


Jalan-jalan di Serinsim( crew kru km) satu analisis.






Salam mahabbah pada saudara-saudara yang kian jemu melihat blog ini sebab lama nda update. dun worry, keadaan bakal berubah skrg=p. Sebelum ni ada buat qiam kali kedua dengan tema Islam cara hidupku. Tapi, lupa dipublish disini. di facebook ja. Ndapala. Jom dengar cerita terbaru.

Tanggal 9 Jun 2010, crew pimpinan psskrukm telah mengadakan eksplorasi spontan yang disertai cuma kira-kira 10 orang ke Serinsim. Ramai lagi yang sepatutnya boleh turut serta namun banyak kekangan seperti ada kakak yang kawin, beliau nda izinkan dan lain-lain. Mereka bergerak dengan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah van. Perjalanan ke sana memakan masa selama dua jam.

Keadaan jalan agak genting. Permukaan tanah yang dilalui sukar ditafsir rupa bentuknya. Berbukit/berbatu/belumpur/belobang-lobang/dan bertar. Jalan yang diturap pun hanya penghujung jalan, lawaknya!!. Tayar van hampir pecah dek jalan yang bida' tapi best sebab mencabar.




Ternyata tempat yang ditujui ini menenangkan malah menginsafkan. Air yang cetek memberi peluang kepada teman-teman membasuh ayam yang bakal dipanggang. Kawasan yang dalam pula sesuai untuk sahabat-sahabat perenang beraksi(maaf, x boleh ditayang kan sebab ganas diurng mandi. sampai terbang-terbang).


Inilah pondok terhujung(rasanyala) di kawasan Serinsim. Bekas biru tu berisi nasi. Yang lain rahsia.















Ops, lupa gtau kenapa dorang datang sini. Pertama, belajar unsur survivor sikit. Gelas, pakaian salinan dan lain-lain tiada dibawa( trip ja ni, pdhl mmg byk tetinggal-nilah akibat bila spontan).

Falsafah yang terbesar disebalik ekspidisi kali ini adalah mengenang misi bantuan ke Gaza yang yang menerima pelbagai ujian yang getir.

Walaupun tidaklah sejauh mana jika dibandingkan dengan mereka disana, biarlah kdg2 kita cbr diri masing-masing supaya rasa susah dan mencabar diri sendiri untuk berhadapan dengan bahaya yang mendatang.


Cuba renung dan fikir balik . Keadaan kita hari ini dibandingkan ayam yang diperap didalam plastik ni. Muslimin dan muslimat diselimuti kegelapan ketakutan yang tidak berpenghujung. Musuh mungkin sedang bergelak ketawa melihat kita yang berkumpul seperti sayap ayam itu. Berkumpul tapi jadi penakut. Masing-masing cuba berselindung menyelamatkan diri dibawah sayap yang lain. Itu kita hari ini.








Apakah kaitan penutup tong sampah dengan arang serta ayam yang dibakar? Jangan risau, bersih juga ba tu penutup tu(hehehe) .

Itula antara sahabat kami(kami panggil dia c boy) yang kasi hidup itu api diawal pembakaran. Kau jugala boy harapan!! Lupa pula, c jumat lagi( tuan punya tempat bakar x dapat ikut sebab business dia). Thanks geng..






Wah, ini dia hasil kerja tangan crew kita. Untuk makluman, chef untuk perkelahan kali ini adalah saudara staria. Tu yang baju oren tu. Sandi' juga, tempat letak ayam pun kotak, gilaks.

Em, mungkin, setakat itu dulula kisah kali ini. Mau makan suda ni. Kami bertolak balik lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat. Van menari-nari membuat aksi drift ketika melalui laluan licin. Hilux relaks ja dibelakang van tapi ada rasa iri ati juga sebab van dapat buat macam tu. X kisah la. Yang penting semua selamat pulang ke rumah masing-masing.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua yang ikut; faiz, rendy, aku, dan muslimat lainnya.
(Lepas ni bolehla rancang untuk aktiviti rasmi kru pegi serinsim)-insyaAllah. Ops, jangan lupa, 11, 12, 13 Jun ni ada kem remaja Islam di Kota Belud. Sy x pasti penyertaan macamana. Bole tanya-014-8589976/014-8716257. Dengar yuran Rm 10.( Untuk tambang pegi sana.)

Setakat itu sahaja. Terasa iman sedikit bertambah. Alhamdulillah. WaAllaua'lam. Salam ukhuwah pada semua.

Setapak melangkah...




KAMI MAKHLUK ASING BERIMEJKAN ISLAMIK

Aktiviti KRU KM pada kali ini telah membawa satu harapan baru apabila dihadiri adik-adik dari pelajar sekolah menengah...

Turut kelihatan beberapa orang sahabat dari ipta bersama-sama KRU pada kali ini...

Antara fokus pengisian pada kali ini ialah konsep bersatu padu, dakwah dan perkara2 yang menggagalkan dakwah...

semoga adik-adik kakak-kakak, dan abang-abang serta diri sendiri terus istiqamah dalam perjuangan ini...

oh belon yang berisi air,
semakin jauh engkau dibaling semakin sukar kami mau sambut,
bila pecah engkau akan menyusahkan kami dengan membasahi pakaian kami...

begitulah seorang mad'u yang diumpamakan belon itu tadi yang punya pelbagai ragam,
begitulah kita sebagai dai'e juga punya beza kemampuan berdakwah,
belon pecah umpamanya si mad'u memarahi kita kerana kita menegurnya,
jadi...sambutlah belon itu dengan kreativiti kamu,
yang umpanya menangi hati mad'u dengan dakwah yang berhikmah dan berstrategi...wallahualam^_^

Ziarah ke Kg. Parong

Qiam KRU KM 2010

di pagi hari
qiam KM ba nie
tekun mendangar kuliah

Walaupun baru ditubuhkan, namun KRU KM terus melangkah setapak demi setapak mencari kematangan dalam perjuangan. Walau kuantiti yang sedikit namun ukhwah yang terbina menguatkan tekad untuk terus istiqamah dalam perjuanganNya. Titipkanlah doa buat da'ie2 muda ini, semoga usaha yang sedikit ini mampu menegakkan Islam di muka bumi KM...walaupun bukan hari ini tapi di hari akan datang. Salam ukhwah....

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger