"Sesuatu yang kita dapat buat kesimpulan atau pun pelajari di dalam diri kita dari segi baik atau pun buruk selepas sesuatu yang berlaku di sekeliling kita"
"hindsight is always better than foresight"
Tapi kenapa pula dorang mahu jatuhkan beliau ni? Beliau ni lah yang telah memakan daging saudara sendiri dengan memperjuangkan polisi yang memihak kepada kepentingan Israel. Beliau juga telah menyekat semua laluan untuk menyalurkan bantuan ke Palestin melalui Mesir. Sebab tu lah beliau dikatakan antara sebab berjayanya dan berkesannya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.Sebab itulah kita kena membuat "hindsight" untuk semua ini. Kita semua tahu bahawasanya Mesir merupakan negara Islam yang besar dan mempunyai kuasa yang kuat berbanding dengan negara Islam yang lain. Pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dahulu, negara ini berjaya menakluk banyak negara termasuklah Palestin daripada tangan tercemar Yahudi.
Sebab itu, kalau sahaja pimpinan negara Mesir jatuh ke tangan yang betul, peluang Hamas sangat besar dalam menuntut kembali Palestin. Inilah yang dirisaukan Israel pada hari ini. Mereka bimbangkan protes yang dibuat oleh rakyat Mesir hari ini.
Adakah tindakan yang rakyat Mesir telah buat pada hari ini merupakan 1 tindakan yang betul?
Jawapannya YA.
Kenapa?
Kerana adalah salah satu kewajiban rakyat untuk menjatuhkan pimpinan yang zalim dalam apa cara sekalipun selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Macammana nak mengenal pasti kekejaman & kezaliman pemimpin tersebut?
Terdapat banyak ciri-cirinya:
0. Tidak mengamalkan dasar Islam(cara pemerintahan 100% daripada Al-Quran & As-Sunnah)
1. Mencabuli hak rakyat
2. Tidak melakukan amar makruf & nahi mungkar sepenuhnya(bukankah cara mencegah kemungkaran yang paling utama adalah melalui kuasa?pemimpin?)
3. Beriman hanya sekadar berkata-kata
4. Cakap lebih, buat kurang.
5. Mementingkan kepentingan diri sendiri lebih daripada rakyat sendiri.
6. Lu fikirlah sendiri:)
Ayuh sahabat-sahabat sekalian, marilah kita mulakan "langkah" untuk sentiasa berfikir bagaimana cara hidup yang sebenarnya kita perlukan dalam hidup kita. Hidup sebagai seorang muslim bukannya terhad beramal di masjid atau pun surau sahaja, tetapi di mana-mana & dengan apa-apa sekalipun kita boleh beramal denganNya.Kita perlu menyuburkan kembali iklim Islam di negara ini untuk mengecapi kesenangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. Wassalam






