Entradas populares

Lawatan Sulung Ke SMK KM 2

Laporan Penuh Sebelum, Semasa dan Selepas Lawatan Sulung PSS bersama KRU KM ke SMK KM 2.

17/5/2011
SEBELUM

Masjid At-taqwa

8.35a.m
Kelihatan Pengerusi PSS sedang menunggu kelibat ahli PSS dan AJK KRU yang lain. Seperti yang sedia maklum pada pukul 8.00am dikehendaki berkumpul sekitar Masjid At-Taqwa. Beberapa minit berlalu, Alhamdulillah ahli-ahli yang dimaklumkan telah tiba dengan menaiki kenderaan masing-masing. Tapi ada juga yang minta ambil. Tidak ada masalah untuk bantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Seterusnya setelah confirmation ahli yang hadir dibuat, kami mula bergerak ke SMK 2. Perjalanan mengambil masa dalam beberpa minit sahaja.



SEMASA

Surau SMK KM 2
9.20a.m
Memasuki pintu masuk SMK 2 tidak menjadi masalah pada pak guard kerana telah di informkan kepada Pengetua SMK 2 yang akan diadakan lawatan pada hari itu. Kenderaan parking di tempat yang disediakan berhampiran susur galur ke surau SMK.skema.
Surau yang cantik,sederhana,ruang syiling yang tinggi. Satu titik permulaan pada ahli PSS dan KRU yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki membawa sebuah matlamat yang murni.
Kehadiran yang hadir seperti yang tidak dijangka. Hampir 30 orang termasuk Ajk. Mengejutkan juga Memuaskan, walaupun jamuan ringan yang telah disediakan sedikit tidak cukup. Namun Alhamdulillah ada yang sanggup sponsor.



Majlis pembukaan dipengerusikan oleh adik asri, Tuan Rumah. Sedikit penerangan tujuan dan sebab kehadiran lawatan kami yang disampaikan oleh Pengerusi PSS sendiri;Satria. Pengenalan kepada adik-adik tentang PSS dan KRUKM juga disampaikan oleh Satria serta Risalah pengenalan diedarkan kepada yang hadir. Setelah penerangan demi penerangan, sesi soal jawab bermula.


Diteruskan dengan pengisian yang bertajuk “Islam sudahkah kita”? petikan maza yakni, Islam dari sudut aqidah dari Akhi Rendy. Kelihatan adik-adik tertarik mendengar kerana ia sangat banyak bersangkutan dengan reality dunia sebenar apatah lagi negeri yang di bawah bayu ini yang sebahagian golongan dahagakan ilmu rohaniah.


Berakhirnya pengisian, usrah muslimin dan muslimat yang dipecahkan bermula. Dimana usrah kepada sesi taaruf dan perbincangan ilmiah serta masalah-masalah yang dihadapi. Didapati terdapat saudara-saudara baru yang memerlukan pembimbing untuk mereka lebih mengetahui Islam dengan lebih mendalam.SubhanAllah… melihat kepada respon-respon mereka, memperlihatkan minat,perasaan ingin tahu yang tinggi,aktif,berpandangan jauh walaupun majority adalah adik-adik tingkatan 1,2 dan 3.
Jamuan ringgan disantap bersama, sambil menyata perasaan gembira mereka atas lawatan yang diadakan. Alhamdulillah..

Azan berkumandang..
Solat zuhur berjemaah bersama. Terasa heninganya suasana.
Selesai solat berjemaah, sesi penutup disampaikan pengerusi PSS walaupun terdapat sedikit ancaman sejurus selepas solat zuhur. Adik-adik yang hadir memberi harapan untuk diadakan lawatan selanjutnya. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan dari ancaman2 untuk bertandang semula ;)

SELEPAS

2.10p.m
Sekitar rumah ahli PSS
Postmortem ahli PSS mengenai feedback lawatan. Membincangkan kelebihan dan kekekurangan yang perlu di tambah tolak.
banyak input2 yang baik serta patut dilanjutkan
Juga membincangkan hal-hal lain seperti program hari guru bersama ex-students SMK muslim serta Usrah dan Rehlah yang akan berlangsung.
Tamat pada 3.47p.m

Alhamdulillah. semoga perkara yang bermanfaat sebegini berterusan dan sama2 mendapat rahmat serta redha dariNya. ;)





Paras Rupa bukan pengukur iman…

"Sesungguhnya Aku jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji manakah di antara mereka yang lebih amalannya. Sesungguhnya, Kami jadikan di muka bumi tanah yang kering (tidak ada tumbuh-tumbuhannya.) [Al-Kahfi: 8-9]

Sabda Rasulullah SAW;"Sepeninggalanku, sungguh akan datang dunia yang memakan imanmu bagai api yang membakar kayu.."
Iman is like a candle, if you put it amidst the blowing winds you will end up putting it out; and if you put it in a room away from the winds, it will live long..

Kerinduan pada Sang Pencipta, Solat menjadi penghubung (Qiam ke-3 2011)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukilkan dalam al-Quran yang penuh dengan petunjuk itu tentang bagaimana keadaan rasul junjungan ketika mendapat seruan untuk berqiamullail. Saat itu sangat penuh dengan penegasan supaya bangun dalam keadaan yang bersegera tanpa bertangguh lagi.

Sebuah kisah santai untuk tatapan semua. 

        Saat itu, hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sederhana, terdengar suara orang berbisik, "Wahai isteriku, ikhlaskah kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"

         "Suamiku kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada disampingmu. Namun, saya ikhlas dengan apa yang kamu suka. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskanNya?" jawab Aisyah dengan lembut. Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wuduk lalu tegak dalam kesolehan qiamullail.

Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini.

 Sebuah hadis riwayat muslim, Rasulullah S.A.W pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat malam!".

Berikut beberapa keistimewaan yang diperoleh orang yang solat malam: 

1) Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahnatnya(Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2) Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji(Surah al-Israk ayat 79).

3) Mendapat pujian daripada Allah(Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4) Dilihat sebagai orang yang beriman(Surah as-Sajadah ayat 16).

5) Darjat dibezakan dengan orang yang malas(Surah az-Zumar ayat 9).

Mini analisis qiam kali ini.(Objektif- memberi kefahaman tentang solat secara umum-berkenal-kenalan sesama saudara seislam dan mengeratkan silaturrahim-menyubur dan merancakkan pembinaan bakal amilin.)

1) Peserta min seramai 24 orang. manakala muslimat seramai 20 orang. muslimin power-publisiti yang agak menarik dan sentiasa perlu diperbaiki.


Salam Perjuangan..Salam Imtihan..

 

 
Date: 21/4/2011
Time : 08.30 p.m
Location: Di meja study, depan laptop :)


Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar...
 
Belek-belek kalendar owh...baru tersedar exam akan bermula minggu depan.  Mungkin bagi sesetengah kampus sudah ada yang bermula exam seminggu yang lepas.  Bagi yang bermula minggu depan saat-saat ini merupakan pecutan terakhir untuk mempersiapkan diri memerangi "musuh-musuh" yang tertaip di atas kertas.  Study week digunakan sebaik mungkin bagi fakulti yang memberikan peluang study week buat pelajarnya, tetapi buat penulis yang tidak diberi study week ini hanya mampu bersabar dan tersenyum..sudah lali dengan style fakulti sendiri...
 
Tidak berniat untuk mencoret panjang kerana penulis perlu meninggalkan cik laptop kesayangan sebentar lagi.. ada liqa' yang tidak sudah2... *bila nak study ni? =_="
 
Cuma sekadar perkongsian ringkas buat sahabat2 yang akan menempuh exam mahupun yang sedang menempuhnya..

Teringat pesan ustaz penceramah di surau, tenang-tenangkan hati, bahagia-bahagiakan hati sebelum berperang minggu hadapan, insyaAllah. 

Coretan buat diri ini serta sahabat-sahabiah sekalian sempena hari-hari yang bersisa sebelum ke minggu peperiksaan yang bakal menjelang;

Berusaha, bertawakal, berdoa, seiring. Peringatkan diri, bukan hasilnya yang dipandang Allah, bahkan Dialah yang menentukan hasil tersebut. Yang Allah pandang adalah usaha, kerja keras serta sekuat mana yakin, doa & tawakal kita padaNya setelah kita berusaha. Niatkan belajar kerana Allah. 

Jagalah hubungan kita dengan Allah dalam sepanjang kita berusaha. Kita berjaya bukan kerana usaha kita, tetapi semuanya kerana izin, rahmat & redha daripada Allah. Jangan sibuk dengan revision & study sampaikan terlupa untuk solat dan beribadah. Ingatlah, yakinlah bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Sebagaimana firmanNya;
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." [QS Al Mujaadilah : 11]

Ilmu itu memiliki kebaikan jika setelah kita kaji secara mendalam, ianya membuatkan kita semakin takut kepada Allah. Ilmu yang semacam inilah yang kita mahukan, yang dicari dengan niat dan cara yang benar, nescaya kita akan mendapatkan manfaat darinya.
 
Imam Syafi'e ketika masih menuntut ilmu, pernah mengeluh kepada gurunya : "Wahai Guruku. Mengapa ilmu yang sedang aku pelajari ini susah sekali untuk memahaminya dan bahkan cepat lupa?" Gurunya menjawab ; "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih."

Ertinya, ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak maksiatnya.

Begitu pun, jaga juga hubungan kita dengan manusia-manusia sekeliling kita. Ibu, ayah, keluarga, teman, sahabat, kawan-kawan dan sebagainya. Jangan kita menyakiti hati mereka dan bertindak selfish. 

Ingatlah, dalam pada kita berusaha untuk menuju kejayaan, doa-doa daripada insan ini juga penting buat kita. Mudah-mudahan akan lebih berkat kejayaan yang bakal kita kecapi. insyaAllah.

Tidak lupa juga, jangan sesekali mengabaikan kesihatan. Buatlah persediaan rapi, kesihatan yang baik, beserta dengan redha dariNya sebagai peneman untuk dibawa ke dewan peperiksaan nanti.

Akhir kalam. Semoga berjaya & selamat menuju kejayaan. Mudah-mudahan redhaNya sentiasa akan ada buat kita semua.



Wallahu 'alam. :)
 
 
ummu asrar_sy
 

Khabar dari seberang..

Cuma sebagai perkongsian cerita.Untuk semua..

Semalam,aku menyertai konvoi untuk melihat tempat program.Bukanlah konvoi sangat pun.Sebuah kereta dengan muatan 4 orang.Mulanya,merancang untuk menggunakan motorsikal sahaja,namun dilarang oleh seorang sahabat lantas menawarkan kereta wiranya.Okla,rezeki..lagipun sekarang musim hujan.

Hindsight

Ya betul, anda ndak salah lihat tajuk di atas. Mungkin bukan semua kita pernah mendengar perkataan ni disebabkan penggunaannya terlalu jarang. "Hindsight" ni bukanlah sesuatu yang boleh dimakan, dilihat atau pun didengar, tetapi sesuatu yang perlu diamalkan bagi setiap individu muslim. Kalau kita search di google tu tentang maksud perkataan ni memang terlalu rumit sehingga saya sendiri pun ndak paham. Tapi ni ja kesimpulan daripada perkataan tersebut:

"Sesuatu yang kita dapat buat kesimpulan atau pun pelajari di da
lam diri kita dari segi baik atau pun buruk selepas sesuatu yang berlaku di sekeliling kita"

"hindsight is always better than foresight"

Seperti yang kita tahu, pergolakan yang tercetus di Mesir ketika ini adalah sesuatu yang menggemparkan seluruh dunia. Rakyat Mesir semakin agresif membuat protes demi protes untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.
Tapi kenapa pula dorang mahu jatuhkan beliau ni? Beliau ni lah yang telah memakan daging saudara sendiri dengan memperjuangkan polisi yang memihak kepada kepentingan Israel. Beliau juga telah menyekat semua laluan untuk menyalurkan bantuan ke Palestin melalui Mesir. Sebab tu lah beliau dikatakan antara sebab berjayanya dan berkesannya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Sekiranya beliau ni berjaya dijatuhkan, dan sekiranya tampuk pemerintahan berpihak kepada Ikhwanul Muslimin, rasa-rasanya apa yang akan berlaku?
(p/s:Jadi pa lah kunun kaitannya "hindsight" tadi?=.=')

Sebab itulah kita kena membuat "hindsight" untuk semua ini. Kita semua tahu bahawasanya Mesir merupakan negara Islam yang besar dan mempunyai kuasa yang kuat berbanding dengan negara Islam yang lain. Pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dahulu, negara ini berjaya menakluk banyak negara termasuklah Palestin daripada tangan tercemar Yahudi.

Sebab itu, kalau sahaja pimpinan negara Mesir jatuh ke tangan yang betul, peluang Hamas sangat besar dalam menuntut kembali Palestin. Inilah yang dirisaukan Israel pada hari ini. Mereka bimbangkan protes yang dibuat oleh rakyat Mesir hari ini.

Adakah tindakan yang rakyat Mesir telah buat pada hari ini merupakan 1 tindakan yang betul?
Jawapannya YA.
Kenapa?
Kerana adalah salah satu kewajiban rakyat untuk menjatuhkan pimpinan yang zalim dalam apa cara sekalipun selagi tidak bertentangan denga
n syariat Islam.

Macammana nak mengenal pasti kekejaman & kezaliman pemimpin tersebut?
Terdapat banyak ciri-cirinya:
0. Tidak mengamalkan dasar Islam(cara pemerintahan 100% daripada Al-Quran & As-Sunnah)
1. Mencabuli hak rakyat
2. Tidak melakukan amar makruf & nahi mungkar sepenuhnya
(bukankah cara mencegah kemungkaran yang paling utama adalah melalui kuasa?pemimpin?)
3. Beriman hanya sekadar berkata-kata
4. Cakap lebih, buat kurang.
5. Mementingkan kepentingan diri sendiri lebih daripada rakyat sendiri.
6. Lu fikirlah sendiri:)
Ayuh sahabat-sahabat sekalian, marilah kita mulakan "langkah" untuk sentiasa berfikir bagaimana cara hidup yang sebenarnya kita perlukan dalam hidup kita. Hidup sebagai seorang muslim bukannya terhad beramal di masjid atau pun surau sahaja, tetapi di mana-mana & dengan apa-apa sekalipun kita boleh beramal denganNya.Kita perlu menyuburkan kembali iklim Islam di negara ini untuk mengecapi kesenangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. Wassalam

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger