Entradas populares

Bengkoka's trip: Epic scenery by the Almighty


 “Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (al-An’aam: 59)


Tempat: Dataran Bengkoka, Pitas
Tarikh: 4hb Jun 2011
Masa: 9.00 pagi-1.00 ptg
  
Suasana pagi itu cukup indah sekali, sekumpulan burung-burung berlumba-lumba terbang ke destinasi yang dicari. Suasana di jalan raya Kota Marudu masa itu masih lengang, kelihatan beberapa manusia mulakan langkah mereka pagi itu untuk mencari rezeki yang ditaburi Allah di atas muka bumi ini. Namun, dalam masa yang sama, kelihatan juga para peserta rehlah 
berkumpul di masjid At-Taqwa sebelum bertolak ke Dataran Bengkoka pada pagi itu. 
Soalan yang perlu dijawab:

S: Adakah peserta-peserta pada pagi itu kelihatan "excited"?
J:  Kenapa tidak?!ya!

S: Berapa orang pesertakah yang cuba melibatkan diri kali ini?
J:  Er..dalam 25-30 orang kali, ndak ingat..hehe(peace no war;)

S: Biar saya teka, mesti jumlah muslimat lagi ramai macam biasa kan?
J:  Apa lagi, ndak payahlah tanya soalan tu lain kali.

S: Berapa minit agak-agaknya nak ke bengkoka tu?
J:  Ndak juga ba lama, dalam..er..35 minit macam tu(90-100 km/j)

S: Boleh tunjukkan gambar2 di sana?
J:  Erm?Adakah itu satu soalan?('~~,)



S: Apakah aktiviti anda di sana?
J:  Usrah & rehlah

S: Itu saya tahulah!!
J:  Hehe..kami ada usrah, memanah, memancing dan makan (lauk ikan dan kubis)

S: Dapat banyak ikan?
J:  Soalan itu tidak perlu dijawab.

S: Apakah motif aktiviti memanah dan memancing?
J:  Kalau anda cuba memanah dan memancing sendiri anda tahulah tu kenapa.

S: Erm??.
J:  Er..hehe..motifnya adalah untuk memberitahu para peserta betapa susahnya hidup jika semuanya kita yang lakukan sendiri. Aktiviti memanah adalah sunnah Rasulullah. Ternyata bukannya senang walau pun hanya belon yang hendak dipanahkan itu. Memancing pula menguji daya sabar para peserta dan mengenali payah jerih seorang nelayan dalam melakukan aktiviti sehariannya, sabar ja lah..

S: Gambar?
J:  Mahu juga ka?

S: Kenapa tidak?
J:  ??




S: Wah, nampak macam best?best x?
J:  Best ba..bikin panas kan?


S: Memancing dah buat, memanah dah buat, lepas ni apa pula?
J:  Merambat dan membujak?


S: Cuba bagi komen sikit tentang program ini.
J:  Keselesaan dan kebahagiaan yang kita alami hari ini bukanlah sesuatu yang kekal. Adakalanya semua itu akan hilang. Kita tidak sepatutnya berasa selesa dengan keadaan kita sekarang kerana musuh Islam sentiasa ada di mana2..always be prepared to our enemy..(masalahnya ada kaitan dengan rehlah)


S: Ba, mulih te' aku, assalamualaikum
J: Mulih dulu, walaikumussalam




From Amir Saifuddin's table

¡Compártelo!

1 komen:

nurilhakim

Haha. Cara penulisan yang menarik!

Catat Ulasan

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger