Entradas populares

KRISKB 4th: "Bulding Rabbani's Generation"

Khemah?ahah..kalau xda khemah bukanlah namanya kem bah..he
Bismillahirrahmanirrahim..

Kem Remaja Islam Sabah(KRIS) telah pun diadakan di Rumah Kebajikan Darul Bakti Kota Belud pada 27-29 MEI 2011 yang lalu. Peserta?peserta dihadiri oleh pelajar2 sekolah sekitar Kota Belud dan dari Kota Marudu. Menurut 'beliau' yang mengurus program ini, program ini sepatutnya dianjurkan di SMK Usukan Kota Belud but unfortunately something undesired happened. Sekolah tersebut secara tiba-tibanya mengadakan program lain pula pada hari yang sama, ndak pa la kn..

Senyum kuat-kuat!!
'Fokus', itulah yang cuba dilakukan oleh si kakak bertudung ungu yang di sebelah kanan anda ini. Apakah motif beliau sebenarnya?
Tampak bercahaya abang di depan sekali ini, atau, mungkinkah dia, "The Chosen One?", siapa tahu..
Oh ya..terlupa pula..peserta yang menghadiri kem ini kira-kira 110 orang. Ramai bukan?nasib baik juga ada fasi "reinforcement" dari PSSKM, PSSTuaran & akak2 dan bro2 selamber dari UTM, so based on their experienced. they can contribute many things in this camp, another key of successful for this camp. Percaya atau tidak, selalunya kem sebegini selalu di 'handle' oleh PSSKB, tp kali ini, 100% di 'handle' oleh KRUKB sendiri. Tahniah!Respeklah ngan anda semua!

Adakah jejaka di depan itu sedang melaungkan azan?terpegun peserta olehnya..
Bro, cover2 lah sikit bro..
Antara pengisian yang dilakukan sepanjang program ini ialah kuliah dasar, yang mana menyentuh tentang akhlak, ibadah dan aqidah, LDK untuk setiap kuliah dasar, tazkiyatul nafs, explorace, riadah dan lain2. Walaupun agak memenatkan tetapi peserta tetap tabah menghadapi segala mehna tribulasi yang mendatang tanpa diundang, termasuklah ketiadaan sumber bekalan air.

Hazuan(tengah), pengarah stylo yang menjadi 'mastermind' program ini.

No comment
Apabila ditanya dengan adik-adik peserta, ternyata mereka sebenarnya amat dahagakan program2 keislaman kerana program sebegini tidak pernah pun diadakan di sekolah2 biasa. Program sebegini amat berguna sebenarmya sebagai menguatkan asas dan memberi pemahaman sebenar kepada hidup bersyariat. Yakinlah, sinar Islam PASti(mistyping) akan menyilau di bumi Sabah ini suatu hari nanti. Allahuakbar!!

Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi bangkitlah segera,
Bangunlah bersatu semua,
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka..




written steadily by Amir Saifuddin

¡Compártelo!

0 komen:

Catat Ulasan

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger