Entradas populares

KRISKB 4th: "Bulding Rabbani's Generation"

Khemah?ahah..kalau xda khemah bukanlah namanya kem bah..he
Bismillahirrahmanirrahim..

Kem Remaja Islam Sabah(KRIS) telah pun diadakan di Rumah Kebajikan Darul Bakti Kota Belud pada 27-29 MEI 2011 yang lalu. Peserta?peserta dihadiri oleh pelajar2 sekolah sekitar Kota Belud dan dari Kota Marudu. Menurut 'beliau' yang mengurus program ini, program ini sepatutnya dianjurkan di SMK Usukan Kota Belud but unfortunately something undesired happened. Sekolah tersebut secara tiba-tibanya mengadakan program lain pula pada hari yang sama, ndak pa la kn..

Senyum kuat-kuat!!
'Fokus', itulah yang cuba dilakukan oleh si kakak bertudung ungu yang di sebelah kanan anda ini. Apakah motif beliau sebenarnya?
Tampak bercahaya abang di depan sekali ini, atau, mungkinkah dia, "The Chosen One?", siapa tahu..
Oh ya..terlupa pula..peserta yang menghadiri kem ini kira-kira 110 orang. Ramai bukan?nasib baik juga ada fasi "reinforcement" dari PSSKM, PSSTuaran & akak2 dan bro2 selamber dari UTM, so based on their experienced. they can contribute many things in this camp, another key of successful for this camp. Percaya atau tidak, selalunya kem sebegini selalu di 'handle' oleh PSSKB, tp kali ini, 100% di 'handle' oleh KRUKB sendiri. Tahniah!Respeklah ngan anda semua!

Adakah jejaka di depan itu sedang melaungkan azan?terpegun peserta olehnya..
Bro, cover2 lah sikit bro..
Antara pengisian yang dilakukan sepanjang program ini ialah kuliah dasar, yang mana menyentuh tentang akhlak, ibadah dan aqidah, LDK untuk setiap kuliah dasar, tazkiyatul nafs, explorace, riadah dan lain2. Walaupun agak memenatkan tetapi peserta tetap tabah menghadapi segala mehna tribulasi yang mendatang tanpa diundang, termasuklah ketiadaan sumber bekalan air.

Hazuan(tengah), pengarah stylo yang menjadi 'mastermind' program ini.

No comment
Apabila ditanya dengan adik-adik peserta, ternyata mereka sebenarnya amat dahagakan program2 keislaman kerana program sebegini tidak pernah pun diadakan di sekolah2 biasa. Program sebegini amat berguna sebenarmya sebagai menguatkan asas dan memberi pemahaman sebenar kepada hidup bersyariat. Yakinlah, sinar Islam PASti(mistyping) akan menyilau di bumi Sabah ini suatu hari nanti. Allahuakbar!!

Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi bangkitlah segera,
Bangunlah bersatu semua,
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka..




written steadily by Amir Saifuddin

Usrah, rehlah kali ini:"Back To Basic?"

Kampung Muhibbah's masque from a nice view
"Dan belanjakanlah hartamu di jalan Allah dan janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (al-Baqarah: 195)

Bismillahirrahimanirrahim..

Tempat: KG Muhibbah
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tghari
Tarikh:  21 Mei 2011 (Sabtu)


Pagi itu disinari dengan mentari yang memancar dari ufuk timur cukup untuk membayangi satu alam.Embun dedaunan masih segar mengalir kejernihan ditepian rimbunan pohon-pohon hijau.  Insan yang bersyukur akan sentiasa mengamati alam ciptaan Tuhan dengan berfikir segala hikmah kejadian. Keindahan pagi di SMK Kota Marudu hari itu didatangi oleh beberapa insan terpilih untuk menjemput peserta2 ke rehlah di KG Muhibbah. Program rehlah kali ini hanya disertai SMK KM1 dan dari Tandek. Nampak sikit tp sbnarnya peserta semua dekat-dekat 30 org juga. Jumlah mat telah berjaya mengatasi min setelah jumlah mereka tewas pada Qiam hari itu. Hal ini disebabkan program kali ini juga mendapat sambutan drpd pelajar 6 rendah, turut memeriahkan usrah dan rehlah kali ini...

Uniknya matahari hari ini(sbnarnya mahu bg tau cuaca baik pada hari tu;p)

Alhamdulillah, peserta selamat tiba di KG Muhibbah pd jam 8.30 pagi. Mereka nampak begitu semangat sehingga ada yang sempat membawa buku pelajaran, hebat. Tepat pd jam 9.00, mereka dihidangkan dengan usrah. Usrah ni dijalankan secara terbuka dan disampaikan oleh salah seorang ahli pss yang agak berkaliber.

apakah yang sedang diperhati oleh adik2 ni?any idea?
Laptop?itu bukan masalahnya..masalahnya sekarang siapa yang bermain laptop ni?misteri bukan?

kira-kira dalam jam 9.30, setelah selesai mendengar usrah, mereka dibahagi2kan kpd 5 kumpulan semuanya. Kenapa?jangan pelik. Itu normal dalam explorace. Itulah modul mereka kali ini. Atau pun lebih tepat lagi "kampung race". Tempatnya cuma sekitar2 surau tu ja. Modul ini lebih kepada perkara-perkara asas. That's why this post entitled "back to basic".  Menarik bukan?;)

Checkpoint ini bukan stakat menanyakan cara tayamum sahaja, malah dilatih untuk berjemur juga,, panas x kak?


Antara checkpoint yang mengundang mslh pd stiap pserta, checkpoint doa qunut. Knp?kerana ramai yang tidak lepas membacanya. Masalahnya knp semua pserta mghadap blkng?lupa dh qunut ek kak?hehe
Antara kumpulan yg cmerlang hari tu,,thniah muslimin!

Letih=lapar=ngantuk=exam=semuanya berlegar2 di kepala msing2 selepas habis modul. Xpa, insyaAllah semuanya mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah.
Peserta dikumpulkan semula untuk sesi resolusi modul setelah semuanya berjaya habiskan checkpoint msing2 & mndapat "kata tersirat" msing2. MB(bukan Menteri Besar, jgn salah fhm) bertindak mnjadi moderator pd masa tu. Kemudian sesi makan dlm talam diadakan di kaki lima surau(gambar tidak perlu dityangkan ok).Beberapa minit selepas itu kami didatangi oleh Ustaz Kahar yang juga penduduk kmpung tersebut. Beliau memberi byk nsihat yg berguna kpd plajar sterusnya memberi kata2 smangat kpd mereka. Syukran al-fadhil ustaz.=)

Pelajar selamat dikembalikan ke sekolah lpas zhur dgn perasaan gmbira brcmpur tekanan(exam ba dorang ni). Didoakan semoga berjaya menempuhi peperiksaan kali ini dengan cemerlang. Takbir!!Allahuakbar!!

Wassalam.


Prepared by Amir Saifuddin

Lawatan Sulung Ke SMK KM 2

Laporan Penuh Sebelum, Semasa dan Selepas Lawatan Sulung PSS bersama KRU KM ke SMK KM 2.

17/5/2011
SEBELUM

Masjid At-taqwa

8.35a.m
Kelihatan Pengerusi PSS sedang menunggu kelibat ahli PSS dan AJK KRU yang lain. Seperti yang sedia maklum pada pukul 8.00am dikehendaki berkumpul sekitar Masjid At-Taqwa. Beberapa minit berlalu, Alhamdulillah ahli-ahli yang dimaklumkan telah tiba dengan menaiki kenderaan masing-masing. Tapi ada juga yang minta ambil. Tidak ada masalah untuk bantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Seterusnya setelah confirmation ahli yang hadir dibuat, kami mula bergerak ke SMK 2. Perjalanan mengambil masa dalam beberpa minit sahaja.



SEMASA

Surau SMK KM 2
9.20a.m
Memasuki pintu masuk SMK 2 tidak menjadi masalah pada pak guard kerana telah di informkan kepada Pengetua SMK 2 yang akan diadakan lawatan pada hari itu. Kenderaan parking di tempat yang disediakan berhampiran susur galur ke surau SMK.skema.
Surau yang cantik,sederhana,ruang syiling yang tinggi. Satu titik permulaan pada ahli PSS dan KRU yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki membawa sebuah matlamat yang murni.
Kehadiran yang hadir seperti yang tidak dijangka. Hampir 30 orang termasuk Ajk. Mengejutkan juga Memuaskan, walaupun jamuan ringan yang telah disediakan sedikit tidak cukup. Namun Alhamdulillah ada yang sanggup sponsor.



Majlis pembukaan dipengerusikan oleh adik asri, Tuan Rumah. Sedikit penerangan tujuan dan sebab kehadiran lawatan kami yang disampaikan oleh Pengerusi PSS sendiri;Satria. Pengenalan kepada adik-adik tentang PSS dan KRUKM juga disampaikan oleh Satria serta Risalah pengenalan diedarkan kepada yang hadir. Setelah penerangan demi penerangan, sesi soal jawab bermula.


Diteruskan dengan pengisian yang bertajuk “Islam sudahkah kita”? petikan maza yakni, Islam dari sudut aqidah dari Akhi Rendy. Kelihatan adik-adik tertarik mendengar kerana ia sangat banyak bersangkutan dengan reality dunia sebenar apatah lagi negeri yang di bawah bayu ini yang sebahagian golongan dahagakan ilmu rohaniah.


Berakhirnya pengisian, usrah muslimin dan muslimat yang dipecahkan bermula. Dimana usrah kepada sesi taaruf dan perbincangan ilmiah serta masalah-masalah yang dihadapi. Didapati terdapat saudara-saudara baru yang memerlukan pembimbing untuk mereka lebih mengetahui Islam dengan lebih mendalam.SubhanAllah… melihat kepada respon-respon mereka, memperlihatkan minat,perasaan ingin tahu yang tinggi,aktif,berpandangan jauh walaupun majority adalah adik-adik tingkatan 1,2 dan 3.
Jamuan ringgan disantap bersama, sambil menyata perasaan gembira mereka atas lawatan yang diadakan. Alhamdulillah..

Azan berkumandang..
Solat zuhur berjemaah bersama. Terasa heninganya suasana.
Selesai solat berjemaah, sesi penutup disampaikan pengerusi PSS walaupun terdapat sedikit ancaman sejurus selepas solat zuhur. Adik-adik yang hadir memberi harapan untuk diadakan lawatan selanjutnya. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan dari ancaman2 untuk bertandang semula ;)

SELEPAS

2.10p.m
Sekitar rumah ahli PSS
Postmortem ahli PSS mengenai feedback lawatan. Membincangkan kelebihan dan kekekurangan yang perlu di tambah tolak.
banyak input2 yang baik serta patut dilanjutkan
Juga membincangkan hal-hal lain seperti program hari guru bersama ex-students SMK muslim serta Usrah dan Rehlah yang akan berlangsung.
Tamat pada 3.47p.m

Alhamdulillah. semoga perkara yang bermanfaat sebegini berterusan dan sama2 mendapat rahmat serta redha dariNya. ;)





Paras Rupa bukan pengukur iman…

"Sesungguhnya Aku jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji manakah di antara mereka yang lebih amalannya. Sesungguhnya, Kami jadikan di muka bumi tanah yang kering (tidak ada tumbuh-tumbuhannya.) [Al-Kahfi: 8-9]

Sabda Rasulullah SAW;"Sepeninggalanku, sungguh akan datang dunia yang memakan imanmu bagai api yang membakar kayu.."
Iman is like a candle, if you put it amidst the blowing winds you will end up putting it out; and if you put it in a room away from the winds, it will live long..

Kerinduan pada Sang Pencipta, Solat menjadi penghubung (Qiam ke-3 2011)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukilkan dalam al-Quran yang penuh dengan petunjuk itu tentang bagaimana keadaan rasul junjungan ketika mendapat seruan untuk berqiamullail. Saat itu sangat penuh dengan penegasan supaya bangun dalam keadaan yang bersegera tanpa bertangguh lagi.

Sebuah kisah santai untuk tatapan semua. 

        Saat itu, hari masih malam. Bulan masih berenang di alam semesta dan bintang-bintang juga masih bergantungan di langit yang luas terbentang. Dalam keheningan malam ini, di salah sebuah sudut dalam bilik yang sederhana, terdengar suara orang berbisik, "Wahai isteriku, ikhlaskah kamu sekiranya malam giliran kamu ini saya gunakan bagi beribadat kepada Allah?"

         "Suamiku kekasih Allah. Saya berasa selesa sekiranya berada disampingmu. Namun, saya ikhlas dengan apa yang kamu suka. Kamu gemar beribadat kepada Allah. Bagaimana mungkin saya tidak mengikhlaskanNya?" jawab Aisyah dengan lembut. Sejurus kemudian, pasangan suami isteri yang agung ini mengambil wuduk lalu tegak dalam kesolehan qiamullail.

Begitulah ikhlasnya mereka memenuhi panggilan suci ini.

 Sebuah hadis riwayat muslim, Rasulullah S.A.W pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat malam!".

Berikut beberapa keistimewaan yang diperoleh orang yang solat malam: 

1) Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahnatnya(Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2) Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji(Surah al-Israk ayat 79).

3) Mendapat pujian daripada Allah(Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4) Dilihat sebagai orang yang beriman(Surah as-Sajadah ayat 16).

5) Darjat dibezakan dengan orang yang malas(Surah az-Zumar ayat 9).

Mini analisis qiam kali ini.(Objektif- memberi kefahaman tentang solat secara umum-berkenal-kenalan sesama saudara seislam dan mengeratkan silaturrahim-menyubur dan merancakkan pembinaan bakal amilin.)

1) Peserta min seramai 24 orang. manakala muslimat seramai 20 orang. muslimin power-publisiti yang agak menarik dan sentiasa perlu diperbaiki.


Salam Perjuangan..Salam Imtihan..

 

 
Date: 21/4/2011
Time : 08.30 p.m
Location: Di meja study, depan laptop :)


Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu akbar...
 
Belek-belek kalendar owh...baru tersedar exam akan bermula minggu depan.  Mungkin bagi sesetengah kampus sudah ada yang bermula exam seminggu yang lepas.  Bagi yang bermula minggu depan saat-saat ini merupakan pecutan terakhir untuk mempersiapkan diri memerangi "musuh-musuh" yang tertaip di atas kertas.  Study week digunakan sebaik mungkin bagi fakulti yang memberikan peluang study week buat pelajarnya, tetapi buat penulis yang tidak diberi study week ini hanya mampu bersabar dan tersenyum..sudah lali dengan style fakulti sendiri...
 
Tidak berniat untuk mencoret panjang kerana penulis perlu meninggalkan cik laptop kesayangan sebentar lagi.. ada liqa' yang tidak sudah2... *bila nak study ni? =_="
 
Cuma sekadar perkongsian ringkas buat sahabat2 yang akan menempuh exam mahupun yang sedang menempuhnya..

Teringat pesan ustaz penceramah di surau, tenang-tenangkan hati, bahagia-bahagiakan hati sebelum berperang minggu hadapan, insyaAllah. 

Coretan buat diri ini serta sahabat-sahabiah sekalian sempena hari-hari yang bersisa sebelum ke minggu peperiksaan yang bakal menjelang;

Berusaha, bertawakal, berdoa, seiring. Peringatkan diri, bukan hasilnya yang dipandang Allah, bahkan Dialah yang menentukan hasil tersebut. Yang Allah pandang adalah usaha, kerja keras serta sekuat mana yakin, doa & tawakal kita padaNya setelah kita berusaha. Niatkan belajar kerana Allah. 

Jagalah hubungan kita dengan Allah dalam sepanjang kita berusaha. Kita berjaya bukan kerana usaha kita, tetapi semuanya kerana izin, rahmat & redha daripada Allah. Jangan sibuk dengan revision & study sampaikan terlupa untuk solat dan beribadah. Ingatlah, yakinlah bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Sebagaimana firmanNya;
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." [QS Al Mujaadilah : 11]

Ilmu itu memiliki kebaikan jika setelah kita kaji secara mendalam, ianya membuatkan kita semakin takut kepada Allah. Ilmu yang semacam inilah yang kita mahukan, yang dicari dengan niat dan cara yang benar, nescaya kita akan mendapatkan manfaat darinya.
 
Imam Syafi'e ketika masih menuntut ilmu, pernah mengeluh kepada gurunya : "Wahai Guruku. Mengapa ilmu yang sedang aku pelajari ini susah sekali untuk memahaminya dan bahkan cepat lupa?" Gurunya menjawab ; "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang jernih dan bersih."

Ertinya, ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak maksiatnya.

Begitu pun, jaga juga hubungan kita dengan manusia-manusia sekeliling kita. Ibu, ayah, keluarga, teman, sahabat, kawan-kawan dan sebagainya. Jangan kita menyakiti hati mereka dan bertindak selfish. 

Ingatlah, dalam pada kita berusaha untuk menuju kejayaan, doa-doa daripada insan ini juga penting buat kita. Mudah-mudahan akan lebih berkat kejayaan yang bakal kita kecapi. insyaAllah.

Tidak lupa juga, jangan sesekali mengabaikan kesihatan. Buatlah persediaan rapi, kesihatan yang baik, beserta dengan redha dariNya sebagai peneman untuk dibawa ke dewan peperiksaan nanti.

Akhir kalam. Semoga berjaya & selamat menuju kejayaan. Mudah-mudahan redhaNya sentiasa akan ada buat kita semua.



Wallahu 'alam. :)
 
 
ummu asrar_sy
 

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger