Entradas populares

Rehlah (Sukaneka)



Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada sekali lagi dalam kesempatan pada hari Ahad(1/7/2012) untuk berkumpul untuk mengeratkan ukkhuwah di antara sesama ahli KRU KM dan PSS KM. 

 Walaupun kehadiran muslimin tidak memberangsangkan dan ahli – ahli yang lain kerana terlibat dengan aktiviti sekolah namun tidak menghalang Rehlah untuk diteruskan bertempat di Taman Rekriasi Kota Marudu. Seramai 13orang muslimat dan 2orang muslimin yang sempat menghadirkan diri.

Bermula pada pukul 8.00am menunggu ketibaa ahli muslimat yang lain, dan sebelum memulakan aktiviti Rehlah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ahli PSS KM (Nursyakila) mengenai “4 Golongan Lelaki yang akan ditarik oleh Wanita ke Neraka”

Selepas berakhirnya tazkirah ringkas, pada pukul 9.00am bermulalah aktiviti rehlah, yang mana rehlah kali ini menguji “team work” ahli kerana mereka dibahagikan 3 kumpulan untuk mengharungi semua permainan bersama.

Permainan pertama adalah “Belon Ukhhuwah” di mana peserta berpasangan berlumba membawa belon yang ditelakkan dipipi peserta untuk di berikan kepada pasangan yang lain. Belon tersebut tidak boleh jatuh, dan tidak boleh disentuh kerana di kira batal. Dan kumpulan yang telah memenangi permainan ini ialah kumpulan 1.



Setelah itu, aktiviti mengunakan belon juga diteruskan yang dinamakan “Makin Jauh, Makin Sayang” kerana peserta perlu membaling belon kepada pasangan yang lain dan perlu memastikan belon tidak pecah. Aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 2.

Kemudian, program diteruskan dengan permainan ke-tiga. “Lumba dalam ikatan”. Berlari dalam keadaan sebelah kaki terikat pada pasangan yang memerlukan strategi masing-masing agar cepat berjalan dan tali tidak terbuka. Kumpulan yang telah memenagi adalah kumpulan 3.


Setelah penat bermain, mereka diberi masa untuk rehat seketika. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan “Puzzle Teka Tokoh” di mana dalam kumpulan masing-masing mereka perlu mencantumkan semula kertas yang telah diguntingkan sehingga kelihatan nama tokoh srikandi yang terhasil dari cantuman. Selain itu mereka dikehendaki menceritakan serba sedikit kisah mengenai nama tokoh yang telah dicantumkan. Dan aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan 3 yang mana mereka telah mencantumkan dengan cepat dan menceritakan kisah mengenai Fatimah Az-Zahra dengan baik & menarik.

  

Diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu “Musang Berjanggut”
Mereka perlu menghantar seorang wakil untuk menjadi musang dari 3 kumpulan untuk meneka siapakah nama mangsa yang didapatinya dengan menutup mata musang. Permainan ini akan menguji sejauh mana mereka mengenal ahli kumpulan lain dengan. Dan akhirnya kumpulan 3 sekali lagi berjaya dalam aktiviti ini.
Kira-kira pada pukul 10.30am tamat permainan. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk ahli kumpulan yang menang dan kalah. 


Alhamdulillah, rehlah kali ini seronok dan berisi walaupun singkat, dan mendapat respon yang baik dari peserta. InsyaAllah semoga ukkhuwah yang terjalin akan kekal selamanya hingga ke Syurga.

Wassalam

PSS & KRU buktikan kecemerlangan ahli!


Assalamualaikum WB. Alhamdulillah.. Syukur atas segala limpah kurnia dariNya. Hari ini ada perkongsian yang menarik dari ahli Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah yang ingin dikongsikan bersama. ;)

Yang Pertama adalah adik Nur Farten Izzati Binti Rablin , 20 yang pernah menjadi juara Qariah
Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Melaka pada tahun 2011.

Dan sekarang adik Faten sedang berada di  PERSADA Johor untuk
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 1433H/ 2012M yang berlangsung  Jun 04, 2012 - Jun 08, 2012. Yang mana semalam, telah bersiaran langsung di TV1 memperdengarkan bacaan adik Faten, Mohon dipanjatkan doa daripada sahabat-sahabat sekalian. ;)


Adik Faten bersama Ustaz Rafie bekas guru di SMK Kota Marudu,  juga wakil Qari Sabah. 


Yang Kedua ialah bekas Pengerusi Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu iaitu adik
Asri Bin Sindong yang telah di pilih menjadi Pengerusi Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun ini yang mana pada minggu lalu telah kehilangan Datuk Kesayangan Beliau.

Tahniah & Takziah diucapkan kepada adik Asri, Semoga dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik Moga terus Teguh & Tabah menghadapi segala rintangan. InsyaAllah Doa kami mengiringi sahabat2 di sana.

Adik Asri yang baru sahaja tiba d Matrix Labuan ;)



SYABAS &TAHNIAH!! 









Rehlah @Bengkoka





Rehlah “Santai, Dataran Bengkoka
9.30am

Bismillahhirahmannirahim.. Alhamdulillah.. Walaupun ada beberapa kekangan yang berlaku sebelum bermulanya program, namun tetap berjalan dengan baik.

8.00am. Berkumpul di Masjid At-Taqwa ,manakala Ajk Pengangkutan menunggu peserta lain untuk bertolak dengan membawa barang-barang keperluan masing-masing. Perjalanan mengambil masa selama  45minit untuk tiba ke destinasi.

Setelah tiba, peserta mempersiapkan  sarapan pagi sementara menunggu peserta & Ajk yang lain tiba. Turut menyambut ketibaan di sana, adik Bibi Manisa wakil (KRU Pitas) yang juga bekerjasama menjadi Ajk untuk penyediaan makanan tengah hari dirumahnya.

Semestinya saat yang  indah apabila terdapat juga aktiviti tambahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu peserta-peserta secara percuma berpeluang menaiki bot untuk melihat “bangag” ditengah laut yang dipandu oleh ahli KRU Pitas.

  

Kemudian Rehlah diteruskan lagi dengan pertandingan memancing, dimana peserta di bahagikan dalam kumpulan, dan kumpulan yang paling cepat mendapat ikan akan menang. Alhamdulillah..  Peserta muslimat telah mendahului pertandingan tersebut.


Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan slot “Dakwah Sketsa ”. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza untuk melakonkan menterjemahkan idea mereka berkaitan tajuk yang telah ditetapkan oleh juri yang terdiri daripada PSS Kota Marudu. Kumpulan yang telah mencuri hati pihak juri adalah kumpulan yang bertajuk “Anak Derhaka, Tiada Jaminan Dunia Akhirat”.
Tamatnya aktiviti yang berlangsung, peserta turut disediakan makanan tengah hari di atas Dataran sambil menghirup udara segar. Kemudian, tidak lupa gotong-royong membersihkan tapak Dataran yang telah digunakan untuk keselesaan pengunjung lain.

 

Sebelum menutup tirai, hadiah bagi pemenang pertandingan Memancing & Sketsa telah disampaikan oleh PSS Kota Marudu. Dalam perjalanan pulang ke Kota Marudu, Ajk & Peserta berkesempatan untuk singgah di rumah adik Bibi Malisa untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah.

Alhadmulillah..Selamat tiba di Masjid At-Taqwa untuk berkumpul  bagi menunaikan Solat Asar & bersurai kira-kira pada pukul 4.00pm.


Muslimat KRUKM Menawan Media

Alhamdulillah.. berkat kesabaran & ketabahan dalam menghadapi suka & duka mengharungi cabaran dalam menguruskan masanya belajar, berdakwah,melakukan aktiviti usrah, adik Nur Shahirah Bt Saman atau lebih mudah dikenali sebagai memeng oleh sahabat-sahabatnya telah mendapat anugerah KRS(Kelab Remaja Sekolah) Terbaik Wanita 2012 ketika menghadiri Perkhemahan Perdana KRS.



Shahira merupakan Ajk dari Lajnah Kebajikan dalam organisasi KRUKM, sememangnya telah lama bergiat aktif dalam kelab ini malah juga persatuan lain disekolahnya iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Kota Marudu 1.


kelihatan adik shahirah bersama sahabat2nya

Pencapaian sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang lain, agar boleh membuktikan dengan pengurusan masa yang baik, melakukan perkara yang berfaedah pastinya membuahkan hasil yang cemerlang. InsyaAllah ;)



“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU MENOLONG
AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN
MENGUATKAN KEDUDUKAN KAMU!” (Muhammad:7)







"Good Bye KM, Welcome KML"



18 Mei 2012
2.30PTG

Alhamdulillah.. Atas Kurniaan Kasih Sayang Illahi, masih diberi kesempatan untuk bertemu dalam Program yang telah berlangsung dengan kesayuan petang Jumaat.

Hamba Allah yang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) Ialah adik Asri Sindong(Pengerusi KRUKM) dan Alwin Edrin(Lajnah Tarbiyah KRUKM) yang mana kedua-duanya adalah orang kuat atau orang penting bagi organisasi KRUKM.

Program yang berlangsung di Astaka KM dihadiri oleh ahli terdekat KRUKM dan 2 orang wakil PSSKM bagi mendengar amanat terakhir dari Pengerusi KRUKM. Meskipun, adik Alwin tidak dapat menghadirkan diri kerana masih ada yang perlu diselesaikan.


Asri (yang sedang menutup muka, malu agaknya ya)

Dalam kesempatan itu, penganti untuk Adik Asri & Adik Alwin juga turut hadir juga untuk mendengar amanat terakhir untuk menyambung sinar Islam di bumi KM.

"Amanat saya hanya perkataan pendek seja la"Istiqamah" & jangan berputus asa, kerna kadang-kadang perkara yang membuatkan kita putus asa ni adalah dosa-dosa kita sendiri, jadi perlunya muhasabah dan rasakan diri kita ni bertanggungjawab untuk melaksanakannya, jangan pula merasakan diri kita ini tidak layak, perlu lah berusaha & berkorban."

Banyak sebenar amanat yang disampaikan oleh Adik Asri tapi itulah sedikit pesan-pesan Adik Asri yang boleh dikongsikan bersama.

Adik-adik Muslimat yang hadir


Alhamdulillah, Adik Asri selamat sampai d KML 


Sama-sama kita doakan untuk sahabat-sahabat yang berada diperantauan untuk menuntut ilmu bagi kepentingan ummah di masa hadapan kelak.



InsyaAllah. Doa rabitah pengikat hati2 kita-






Qiam Gabungan KRUKM


Qiam Gabungan.
SMK KM1, KM2, Bengkongan, Langkon, Tandek


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi ruang dan peluang kepada kita dalam meneruskan peranan kita untuk menegakkan kalimah Allah.
Qiammulail Gabungan KRU Kota Marudu telah Berjaya dijalankan pada 27-28 April 2012 Peserta dari SMK KM1, SMK KM2, SMK Tandek, SMK Langkon & SMK Bengkongan.

Seramai 26orang muslimin yang bertempat di Masjid Pekan Lama dan 38orang peserta muslimat di Pasti Taman KDC Kota Marudu.

Bermula pada pukul 3.00 pm menunggu ketibaa peserta. Sehinggalah selepas waktu magrib peserta bersiap untuk menunaikan solat berjemaah & mendengar kuliah magrib daripada Dayang Sri Rafidah yang bertajuk “Aqidah tunjang utama Umat Islam” seterusnya menyelaraskan silibus usrah di setiap sekolah. Setelah itu solat Isyak berjemaah, kemudian Makan malam bersama.

Diteruskan dengan (Latihan Dalam Kumpulan) LDK yang bertajuk “Fungsi pokok” dimana peserta dibahagikan dalam kumpulan dan ditugaskan untuk mengaitkan Aqidah,Ilmu,Akhlak & Ibadah dalam lukisan sebatang pokok.

Untuk melihat sejauh mana kefahaman peserta memahami konsep “Aqidah tunjang utama Umat Islam” dan setiap kumpulan perlu menghantar wakil bagi melukis hasil perbincangan mereka.



Setelah itu, resolusi diberikan oleh Nur syakila Jamal untuk memberikan jawapan sebenar & menerangkan lukisan disebalik sebatang pokok.
Kemudian, program diteruskan dengan tayangan penghayatan mengenai pemergian Rasulullah agar mewujudkan keinsafan & rasa kecintaan kepada Rasulullah & perjuangan baginda. Juga tayangan kesedaran di tayangkan kepada peserta mengenai kehidupan umat islam yang menderita akibat cengkaman kuasa besar & betapa pentingnya peserta perlu menyintai & ingin mendalami ilmu agama.
Jam 12.00 para peserta diminta untuk tidur & penerangan diberi untuk perjalanan pada keesokkannya.

Jam 3.30 am bangun untuk Qiammulail berjemaah, setelah itu zikir penghayatan dan tayangan mengenai isu-isu muslimah ditayangkan.

Setelah itu, senaman pagi bersama Ajk yang lain agar mengeratkan lagi ukhhuwah yang terbina. Setelah itu, sarapan pagi. Resolusi keseluruhan dibuat & meminta setiap wakil dari sekolah bagi memberi sebarang maklum balas. Lambaian ukhuwwah bersama peserta dan tamat pada pukul 9.00am.

Buscar

 

Islam myWay

Islam myWay

About

~Persatuan Siswazah Sabah (KM) Copyright © 2011 | Tema diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger